Orang dah terus-terang, dia pula nak tutup mulut kita

Bukan apa weih.. Aku malaslah nak bergaul dengan orang yang mula-mula kata dia ‘open’, dah bila aku cakap terus-terang, dia tak suka pula aku cakap macam tu.

Maaflah, ya. Posting kali ini tidak formal. Inilah tempat aku nak tulis isi penting sebelum aku mula bersuara untuk berterus-terang (lagi).

Entah kenapa orang suka rasa dirinya “open-minded” walhal dia tak boleh terima pun pandangan orang. Pernah kami ditengkar staf lelaki katanya “Kalau kau ada apa yang tak puas hati pasal aku, cakap jelah terus-terang, aku OPEN!”
Open ke..? Baru je aku tegur dia 3 minggu lepas, pasal dia belanjakan duit aku tanpa persetujuan. Dia boleh emo kat aku, “Kau memang rude!”

Sebelum ni ada orang pernah tegur dia, dia tak boleh langsung nak terima teguran tu, dia kata don’t insult my education. Hah..? Apakah kesombongan ini? Mungkin dia tak pernah belajar perumpamaan tentang resmi padi yang semakin berisi, semakin tunduk ke bumi. Kalau orang beri teguran tu, ambillah iktibar dan perbaikilah mana yang kurang, kan..

Apapun, itu kisah dahulu. Kami pun dah malas nak layan emo dia sebab cakap apapun, dia tetap akan tak puas hati dengan kami. Salah kami selalu nampak, dia relax je tinggalkan aset company merata-rata pastu bila kami kutip aset tu untuk simpan, tak pun berterima kasih. OK, boleh blah.

Sekarang, aku kena fokus untuk tulis voice note untuk masulah aku pulak. Aku tak nak menyusahkan masulah dan liqa’2 dia akan datang. Keputusan aku adalah untuk undur diri daripada biro dan halaqah. Nama aku sudah tak perlu lagi ada dalam sistem dorang, dan aku tak nak jadi liabiliti kepada satu organisasi yang tiptop dan terancang ni.

Bukan aku tak cuba, aku cuba okey untuk beri yang terbaik. Aku tak ada fleksibiliti masa dan aku juga takda tenaga nak buat kerja-kerja mereka seperti yang dirancang. Usia aku dah 30, mereka memang dah tak boleh nak bagitahu aku untuk buat itu ini lagi. Aku kena move on.

Aku kasihan dekat mereka semua kenapalah ada insan macam aku ni dalam organisasi, macam biawak hidup je. Terus-terang lah ni. Kaaahh~ Aku kalau bertugas dalam media, sembang macam nak gaduh bab maklumat yang ada dalam template. Tukar bertugas jadi setiausaha pula, aku lambat gila nak hantar minit mesyuarat. Memang teruk betullah aku ni, api semangat dah terpadam bila buat kerja organisasi pada usia begini.

Ustazah,
Saya berterima kasih atas perhatian dan bimbingan yang ustazah berikan kepada saya selama kita kenal dalam organisasi ni.

Saya agak sudah lama ustazah menantikan apa yang akan saya katakan ini. Benar, semangat ghulam yang ustazah lihat dalam diri saya dahulu semakin lama semakin pudar.
Pada usia 30 tahun ini, sukar untuk saya multitask dalam sesuatu yang bukan dalam bidang dan minat saya. Prestasi saya di dalam biro semakin merosot kerana saya tidak lagi mampu menggalas tugas yang sekian-sekian.

Saya minta maaf kerana saya sudah banyak menyusahkan dan membuang waktu ustazah. Saya tidak mahu lagi menjadi beban kepada organisasi dan saya tidak mahu menjadi masalah tanpa solusi kepada liqa’ masul. Kepada BKOM, semoga mendapat pengganti yang lebih baik daripada saya. Kepada KRIM, maaf kerana tidak dapat merealisasikan keahlian saya.

Saya ingin menumpukan untuk memperbaiki amalan-amalan fardhu, matlamat hidup saya dan juga hubungan kekeluargaan.

Saat indah selama saya berada dalam organisasi ini akan selalu saya kenang dan syukuri. Terima kasih kerana mengajarkan saya bahawa dakwah adalah satu sunnah terbesar Rasulullah S.A.W. Terima kasih kerana rajin datang memujuk dan membuat emoji manis. Sejujurnya itu bukan peribadi saya untuk beremoji dan menerima pujukan, apatah lagi bersosial lebih dari 3 jam. Tapi tak mengapa, saya hargainya walau terpaksa.

Saya dengan muktamad ingin mengundur diri daripada organisasi dan usrah. Segala sirr yang diamanahkan kepada saya dahulu akan saya jaga baik-baik, adapun sirr yang bertulis tidak akan dibocorkan dengan sengaja. Saya akan terus menjaga nama baik organisasi ini.

Wassalam.

Nanti aku hantar selepas aku present task aku ya. Doakan aku yahh!