Your humour hurts me.

It breaks me every time people make a joke about my height. I tried hard to swallow the reality that I had stop growing for the past few years and I tried to avoid hard feelings on them. There are times I am at my limit and said, “Can you stop?”. They would say gestures, “No need to be so pissed,” or “Just saying.”

I don’t know what else I can do to make them understand that I feel very offended when they are making fun of me. They said I should eat more. Eat more?! I can’t believe it! I ended up leaving them in silence and being unresponsive towards upcoming chats in the room.

If eating more can make me grow, I would do it, but the truth is it’s only going to make me gain weight, not height. You can say to a fat lady, you should watch your diet and start working out. You can say to a thin lady, you should plan your diet and gain weight. Both can achieve desired results, but not if you ask a lady in her twenties that she should grow more in height when she cannot do anything more about it. That’s bullshit.

Advertisements

“Keling” tidak membawa maksud negatif

ADA APA DENGAN ‘KELING’?

Isu ini seringkali timbul, lagi dan lagi, selagi mana rakyat Malaysia berbilang kaum tidak bersatu dalam menghayati semangat perpaduan dalam bahasa kebangsaan.

Terbaharu, ialah kontroversi apabila Tun Mahathir menyebut perkataan ‘keling’ dalam ucapannya. Ambiga siap memberikan komentar seumpama arahan kepada Tun Mahathir, supaya berhenti daripada menggunakan istilah ‘keling’. [1]

Sebenarnya perkara ini telah selesai lama, dan tak patut ditimbulkan lagi. Pada tahun 2003, sebuah NGO kaum India pernah memfailkan saman terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memohon agar Mahkamah mengeluarkan perintah agar DBP memadam perkataan ‘keling’ daripada Kamus Dewan, atas alasan kononnya perkataan tersebut menghina kaum India dan bersifat rasis. [2]

Walaubagaimanapun, hakim dalam kes itu telah menolak permohonan tersebut atas alasan bahawa penggunaan istilah ‘keling’ dalam Kamus Dewan bukan berniat jahat. [3]

Istilah keling dalam bahasa Melayu mempunyai sejarahnya yang panjang. Jika kita buka Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) iaitu karya penting kesusasteraan Melayu lama oleh Tun Sri Lanang, di bahagian awal lagi telah ada rujukan kepada rakyat ‘Keling’:-

“Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang berbergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kuanya…..” [4]

Penggunaan istilah Keling dapat ditemui dalam banyak bahagian hikayat lama tersebut, yang berasaskan kepada perkataan Kalinga, iaitu sebuah kerajaan dahulukala (kerajaan Kalinga) di wilayah Odisha, bahagian timur India. Walaupun pada mulanya rujukan kepada istilah Keling merujuk kepada mereka yang berasal daripada wilayah tersebut, tetapi kemudian pemakaiannya dimaksudkan secara longgar untuk merujuk kepada mereka yang berasal daripada India secara keseluruhannya.

Demikian juga kita melihat banyak rujukan kepada benua atau rakyat Keling dalam Hikayat Hang Tuah, dan hikayat-hikayat lain. Penggunaannya tidak pernah bermaksud jahat atau menghina atau merendah-rendahkan, sebaliknya secara spesifik merujuk kepada mereka yang berasal dari benua India.

Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan (Edisi Keempat), istilah ‘keling’diberikan tiga takrifan, dan tidak satu pun mempunyai sebarang konotasi menghina:-

“1. sl sebuah empayar di pantai Coro­mandel Semenanjung India, yg disebut Kalinga dan Telingana, yg terkenal dgn pelayar atau pedagang yg datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara, “Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah ~ dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?”; 2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yg berasal dari Kalinga dan Telingana yg datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pd masa itu Holanda dan orang Cina dan orang ~ pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya; 3. Kd, Pn orang India yg beragama Islam; ~ pelikat orang India yg beragama Islam.” [5]

Hal ini berbeza, misalnya, dengan istilah ‘nigger’ dalam bahasa Inggeris, yang, sememangnya telah ditakrifkan secara terang sebagai istilah yang menghina (contemptuous atau derogatory). Kamus English Oxford living dictionary misalnya mentakrifkannya ‘nigger’ sebagai: “a contemptuous term for a black or dark-skinned person.” [6]

Justeru apa yang menjadi masalahnya dengan istilah Keling ini?

Masalahnya terletak kepada mereka yang menuturkannya; dan kepada mereka yang mendengarnya.

Bayangkan, orang seperti Ambiga, yang dalam ucapan-ucapannya, kalau kita hendak mendengar dia bercakap satu perenggan dalam bahasa Melayu penuh pun susah, tetapi ada hati nak bagi tahu kepada para penutur jati bahasa Melayu untuk berhenti daripada menggunakan sebuah istilah yang telah zaman berzaman digunakan dalam pelbagai khazanah kesusasteraan yang menjadi asas kepada bahasa Melayu kita pada hari ini?

Mereka ini terlalu angkuh dan tak pernah mahu menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi ada hati untuk menentukan istilah apa yang kita boleh pakai, dan istilah apa yang kita tak boleh pakai; atau istilah mana yang menghina dan istilah mana yang tidak menghina.

Ada baiknya, sebelum nak mengajar penutur jati tentang bagaimana menuturkan bahasa Melayu, mereka ini baca dan hayati dulu karya-karya agung dalam kesuasateraan Melayu, hayati dan dalami keindahan bahasanya.

[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/09/stop-using-keling-ambiga-tells-dr-m/

[2] https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/07/31/dbp-taken-to-court-over-use-of-word-keling/

[3] https://www.malaysiakini.com/news/104348

[4] Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar) terbitan DBP 2006, m/s 12

[5] http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=keling&d=158212&

[6] https://en.oxforddictionaries.com/definition/us/nigger

Tulisan ini adalah perkongsian daripada saudara Aidil Khalid, LLB (Hons) UiTM

Prihatin Seorang Pemimpin Ugama

Assalamualaikum.
Hari ini mungkin hari bertuah saya kerana melihat paparan ini di Instagram feeds saya.

Sekitar minggu yang lalu seorang saudara artis kita seperti berbuat ‘hal yang pelik’ di media Instagram nya. Mungkin tak perlulah saya katakan apa dia buat. Saya tidak pernah mengikuti perkembangan beliau di dunia seni kerana saya rasa tidak perlu untuk melihat gambar-gambar orang yang bukan saya kenal pun.

Mungkin dalam minggu lepas kalau tak silap, kecoh dalam kalangan warga Twitter tentang Live Videos (LV) dan Instagram posts nya yang memberi gambaran pelik dan ‘bukan diri sendiri’. Ada yang mencemuh, ada yang menyarankan dia pergi berubat. Saya sendiri akui saya geram bila tengok screenshot yang tular di Twitter. Saya harap kalau dia berasa tertekan, eloklah dia mengasingkan diri dari media sosial dan berehat sebentar sampai masa dia tenang semula.

Hari ini Dr Zulkifli (Mufti KL) melahirkan rasa prihatinnya pada saudara artis ini. Betul, Dr Zul. Kita pun tak tahu apa yang dia lalui, kenapa kita nak cemuh? Semoga saudara artis yang dikatakan ini menerima jemputan Mufti KL. Siapalah tak nak jumpa beliau? Mesti best kalau dapat dengar taujihat terus daripadanya. Kepimpinan melalui tauladan. 🙂

Kami pun tumpang tenang membaca surat terbuka ini. Di Twitter beliau, tidak kurang juga yang mengirim maaf.

26167147_10155890947178326_7331478703940070959_n

Semua ikut tersentuh bila Dr. Zulkifli buat begini. Huhu.. Kepada rakan-rakan yang lain, sekiranya anda juga mengalami tekanan dan berasa tidak kuat sendiri, mintalah taujihat daripada orang yang boleh anda percayai.

Saya yang mengagumi Mufti KL yang in-tune dengan media sosial,
KulatBuku   

Dilemma of an Ummah Designer.. Part #2

(Note: Read Part #1 first)

When a potential client’s message came into my inbox, it meant chance for me.

This one regular client who currently lived in my hometown asked to design a poster for a coming-up event for school kids. She didn’t give me any template but gave me an exemplary poster from another branch; different from the previous client who shared their template to me beforehand.

So obviously this client was asking to design a poster from scratch. I accepted it but I asked for agreement to pay before I can proceed. Then…

screen-shot-2016-12-03-at-4-57-55-pm

I don’t know if they were misinterpreting my service, and I don’t know if this client was being sarcastic, but I only hope for two things:

  1. If they talk shit behind my back, then I pray their pahala to be given to me.
  2. I want them to understand what I’m going through and why I need money.

Designers who worked in a physical shop would charge RM40 per hour for one design. I offered RM30 with no time limit and didn’t mind to start from scratch. This person is a regular client which I never asked for payment before. Maybe they didn’t expect me to ask for payment. It’s okay.. I already saved a probability of this thing would happen.

But, I never expected for a double reply. That “Dari kak grah…” , I knew something was wrong from there. Criticism. That person had never showed her interest in my personality and psychology, but let’s just leave it to there. I don’t want to backbite the person who acted like she cared, because at least she acted.

*sigh* I thought this kind of organization would support me through my calamities. And there goes.. But not all are like that. Maybe it’s only those who worked in my birthplace.

Long story, short: My sister asked if I could lend her some money because she had zero ringgit in her account and she needed to buy diapers & milk for her twin toddlers. She was asking for RM300 not knowing that I had only RM222 in my account. So I said to her, what if I lend you RM150 first, and the other half later? She said OK. There went my RM150. I withdrew the remainder also to pay some debts I had with my friend, now leaving only RM5 in my account. My wallet now screaming THERE ARE ONLY 8 PIECES OF BLUE NOTES IN HERE!

Until then. Salaam..

Dilemma of an Ummah Designer.. Part #1

I had people asking for my help nowadays – designing posters, banners etc.

To inform, soon there will be a big event running all over my country for fresh school graduates. There will be carnivals like Jom Masuk U, Career Week and my most concerned, Karnival Lepasan Sekolah (KLS). All are expected to be held in January 2017.

So last week, I received a job from KRIM Dungun, Terengganu as they urgently need a designer for a poster of an event. I actually volunteered myself to help them, but a friend of mine suggest that, “Hey it’s not  your obligation to help them since you are here in Selangor. They’re asking for help, don’t let them take you for granted. You know you have a lot to do here, right? Selangor branch needs you more. We need your time. I suggest that you put a price on your service. Besides, you need money for time being, right?”

She had me thinking, because what she said was right. I’m being too kind to let people take me for granted. So I decided, if they start to be very picky about the output, or if they ask to edit some more after I submit, I should charge them.

Seems like my client from Dungun was okay with the term, and it wasn’t me that decided the price on my service. They themselves wanted to pay me RM50. How can I give enough thanks to Allah? Guys, if you think RM50 for this job is cheap, let me tell you that for a student like me, it’s worth every minute. All I had been thinking about was my lunch, dinner and petrol. If I had any left, I’d save it for my Final Year Project presentation.

RM50. I have to do my best! So what I submitted to my client was not only a poster, but a Facebook profile picture that I think they need to change, and also a new Facebook cover (because I think they took Johor’s branch cover and that’s wrong).

screen-shot-2016-12-03-at-8-13-51-pm

Turns out my client liked my service. Yeay!! Alhamdulillah. It’s not much of a problem since my client kindly shared the template of the poster beforehand. Also, that’s why I added my own work and effort to offer them some new images for their Facebook page. I thank Allah so much for answering my prayers. I asked for money, and he gave me a job so I could earn my own.

And then.. A couple of hours after that.. I got a new job again. But this time.. It didn’t help. I’ll continue in my next post, insyaAllah.

Bantuan membikin poster

Saya boleh membantu anda untuk membuat poster dengan design yang menarik. Dengan hanya RM50 setiap satu .psd file ataupun .ai file (pilih salah satu), anda boleh menyebarluaskan perniagaan anda dengan keistimewaan grafik dalam pengiklanan.

Untuk promosi design 1 poster dan free satu, sila tempah Kerja melalui Bantu.my (nama: syaza-s).

E-mel saya di sytrange@gmail.com untuk maklumat lanjut.