Home

Sehinggalah Shell berhenti menyokong agenda LGBT

Leave a comment

Semalam sengaja saya bertangguh mengisi minyak, menghabiskan petrol yang tersisa dalam tangki skuter. Saya nekad untuk tidak lagi mengepam di Shell selagi tidak darurat.

Sampai di Petronas kawasan Bangi, saya terus minta pada juruwang untuk memohon kad keistimewaan Mesra. Dia menghulurkan kad baru sedang saya menerimanya sambil menunggu sebutharga.
“Tidak perlu bayar,” ujar juruwang Bangladesh itu.
“Itu FREE,” sampuk rakannya.
Saya masih kaku di situ kerana saya kira tadi saya perlu bayar untuk mengaktifkannya sebelum mengisi minyak. Paling tidak, diberi borang untuk pendaftaran kad.

“Err.. Pam nombor sebelas, lima ringgit,” minta saya ringkas, cuma empat patah, hanya bersuara setelah satu kedai Mesra saya pusing untuk fikirkan apa yang saya perlu buat.

kad Mesra

• BERMULANYA PEMBOIKOTAN SHELL •

Pada 10 Oktober 2017, Shell antarabangsa telahpun mengisytiharkan secara terbuka di laman rasmi Facebook mereka akan sokongan terhadap LGBT pride – International Coming Out Day.

• “COMING OUT” •

Satu frasa Barat yang kebiasaannya diungkap dalam pengakuan seseorang yang mahu berterus-terang tentang status gender dan orientasi seksualnya – Homoseksual atau Transgender (LGBT+)

• KITA TIDAK SOKONG AGENDA LGBT+ •

  1. Hubungan songsang dan penukaran jantina adalah diharamkan di sisi Islam. Pasangan sejenis tidak boleh bernikah, dan hubungan intim tanpa ikatan sah adalah perbuatan zina. Kekeliruan orientasi seksual, sekiranya dikesan sedari awal boleh diubati dengan kaunseling. LGBT bukanlah perkara semulajadi, tetapi ianya jadi-jadian. Menyokong LGBT adalah tindakan yang salah. Sepatutnya kita beri mereka kesedaran bahawa apa yang mereka alami itu menyimpang dari fitrah kejadian manusia dan fitrah kekeluargaan. Tolong betulkan kepercayaan mereka dengan pendekatan agama. Itulah bentuk sokongan yang sewajarnya.
  2. Jangkitan HIV kini semakin berleluasa, 65% adalah daripada golongan homoseksual & biseksual. (Penolong Pengarah Bahagian Kawalan HIV dan STI cawangan Kuala Lumpur dan Putrajaya, 2017).
    Menyokong hubungan yang tidak direstui agama dan amalan seks bebas akan menjadikan peratusan jangkitan HIV semakin tinggi, bahkan mengundang bala. Bukankah “mencegah lebih baik daripada merawat”?

“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

• TEKANAN SEKELILING •

Tekanan sosial dan ekonomi daripada sekeliling tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berlembut terhadap mereka yang mempromosikan kemungkaran juga kemaksiatan. Bahkan, orang yang mencegah kemungkaran dan menyeru berbuat baik itulah orang yang berjaya sepertimana firman Allah subhanahu wataala,

“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Tidak perlu gentar untuk menghadapi mereka yang bersungguh-sungguh mempromosikan gaya hidup LGBT ini, kerana Allah telah menyeru untuk kita tetap teguh menghadapi golongan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah al-Anfal, ayat 45)

• AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR •

Amar makruf dan nahi mungkar bertujuan membetulkan jati diri manusia. Mungkin ada yang lupa hikmah Amar Makruf Nahi Mungkar yang kita semua telah pelajari dalam kelas Pendidikan Islam. Saya sertakan hikmah-hikmah yang boleh kita dapati dengan menghalang kemungkaran:

  1. Menegakkan syariat Allah,
  2. Mengatasi kemungkaran yang berleluasa,
  3. Pembangunan ummah menjadi lancar,
  4. Ekonomi meningkat,
  5. Keselamatan terjamin,
  6. Mengangkat martabat agama,
  7. Memelihara maruah.
Advertisements

Tips Temuduga ke Universiti

Leave a comment

Sebelum memasuki alam pekerjaan, hendak melangkah ke alam universiti juga memerlukan kita untuk lulus temuduga. Walaupun bukan bagi semua bidang, tetapi pengetahuan menghadapi sesi temuduga penting untuk kita memperbaiki kemahiran bercakap. Semua orang pun boleh bercakap, tetapi tidak semua mahir melontarkan idea dan ada juga yang bercakap leret tentang diri sendiri semasa ditanya soalan.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Temuduga

  1. Penemuduga mempertimbangkan anda dari apa yang mereka lihat, dan apa yang mereka dengar.
  2. First impression. Tanggapan pertama penting, jadi sebelum ke temuduga, pastikan anda menampilkan imej yang sesuai. Pada tahap kemasukan universiti, tidak perlu untuk memakai blazer. Wanita cukup berbaju kurung, berbaju tradisional tetapi sopan, atau kameja yang disesuaikan dengan seluar atau skirt panjang. Lelaki pada kebiasaannya akan berkameja dan berseluar. Perlu diingatkan, seluar bukan yang berpotongan ketat (macam seluar hipster).
  3. Buatlah penyediaan jawapan kepada soalan standard yang akan ditanya. Berlatihlah sehingga anda berjaya membina keyakinan untuk menjawab soalan.
  4. Ketahui latar belakang bidang yang anda ingin pelajari di universiti. Anda juga perlu bersedia menyatakan minat anda pada sesuatu subjek yang terangkum dalam bidang tersebut. Anda juga perlu selidik latar belakang universiti / politeknik yang anda pohon.

Contohnya dalam temuduga Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap. Anda mungkin tidak ditanya tentang “apa yang anda tahu tentang senibina dan landskap”, tetapi anda mungkin akan ditanya “apa yang membuatkan anda minat untuk menuntut bidang senibina landskap”. Jadi dari bacaan anda, anda bolehlah bercerita sedikit sebanyak tentang isu yang menarik minat anda untuk menjadi arkitek; isu penggunaan tanah secara membazir, isu tanaman landskap yang tidak sesuai ditanam, isu keselamatan dalam landskap, isu pelancongan dan lain-lain lagi.

Video (English) pada pautan ini berkongsi tentang soalan-soalan lazim yang ditanya ketika temuduga serta tips menjawab.

Soalan 1: “Ceritakan tentang diri anda.”
Soalan 2: Kecenderungan minat anda dalam akademik.
Soalan 3: Sasaran dan perancangan anda setelah menamatkan pengajian.
Soalan 4: “Kenapa anda berminat dengan bidang/sekolah/fakulti pengajian ini?”
Soalan 5: Aktiviti luar waktu kelas/sekolah.
Soalan 6: Kekuatan & kelemahan diri.

Hari Temuduga

  • Datang awal. Anda mungkin diminta untuk mengisi borang terlebih dahulu, dan anda juga memerlukan sedikit masa untuk menenteramkan diri.
  • Jaga adab ketika berada dalam kawasan kampus. Anda tidak tahu siapa yang akan memberi penilaian dalam sesi temuduga. Mungkin orangnya tua, mungkin juga orang muda yang nampak seperti pelajar sebaya anda.
  • Buang air sebelum nama anda dipanggil. Saya tidak perlu terangkan kenapa ini penting.
  • Pakai pakaian sesuai dan selesa, tetapi formal dan kemas.
pakaian rasmi kerajaan

Pakaian sesuai untuk temuduga

  • Semua dokumen seperti sijil dan sebagainya hendaklah disusun dengan teratur dalam CLEAR folder – Salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik yang asli dan original, juga penyertaan seminar dan kokurikulum. Susunan bermula dari tarikh yang terbaru sehingga terdahulu.
  • Sekiranya memohon masuk ke design school, hendaklah membawa sekali karya seni anda sebagai satu portfolio.
  • Bawa beg fail yang sederhana dan ringkas – menampakkan anda lebih teratur dan yakin.
  • Bawa pen.

Memasuki Bilik Temuduga

Tipsnya mudah. Jagalah adab – dari mengetuk pintu, senyum, berjabat tangan atau tunduk hormat, meminta izin sebelum duduk, duduk tegak dan lain-lain.

Ikut bahasa yang dikomunikasikan oleh penemuduga. Bahasa Melayu dijawab Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dijawab Bahasa Inggeris.

Bersopan-santun ketika bercakap.

Bawalah bertenang dan cuba jangan gelisah. Kawal keterujaan anda. Tidak salah untuk menjadi seseorang yang bersemangat pada hari tersebut, tetapi jangan sehingga menjengkelkan penemuduga.

Di akhir sesi, berikanlah maklum balas kepada penemuduga. Anda boleh bertanya soalan sekiranya anda mempunyai kemusykilan. Minta izin sebelum bertanya. Ini menampakkan anda sebagai seorang yang proaktif dan punya rasa ingin tahu.

Meninggalkan Bilik Temuduga

Senyum dan ucapkanlah terima kasih. Bangun dengan tertib dan berjabat tangan atau tunduk hormat. Minta izin untuk mendapatkan semula folder anda secara sopan.

Kesimpulannya disekalikan dalam poster infografik ini:

Temuduga Uni

Tips Temuduga Universiti Awam (Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi)

Rujukan:
UPU, Kementerian Pendidikan Tinggi
Prep Matters
cgkaunseling.blogspot.my

 

Introvert Apparel

Leave a comment

I designed a T-shirt for introverts. Wear this and unite in #teamintroverts.

space-front

Front design

space-back

Back

Have you ever feel so tired of trying to explain to people to respect your space? *sigh* People getting close into physical contact to you are draining your energy away. Get this raglan shirt on Teespring and let it speak for you.

Link: https://teespring.com/get-space-respect

Campaign ends Dec 25th, 2016.

Ramadhan 2016 – Dah ready ke beb?

Leave a comment

Assalamualaikum, pembaca sekalian.

Bulan puasa menjelang tiba! Kita belum terlambat lagi nak pasang target kita untuk Ramadhan tahun ini. Untuk kita sentiasa monitor prestasi ibadat kita setiap hari, sebaiknya buatlah mutaba’ah atau check list amal kita. Mutaba’ah ni macam senarai semak lah.. Lepas buat, tanda. Kalau tak buat, tak payah tanda. Sebelum tidur muhasabah diri mana ibadat yang tertinggal, dan pasang azam setiap hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan kita tingkatkan amal.

Dah bertahun-tahun saya repost mutaba’ah ni, nampaknya setiap tahun kena update sebab nak tukar style. Hahah.. Column yang saya warnakan hijau pucat itu menandakan hari Jumaat setiap minggu. 28 item semuanya dan saya sengaja tinggalkan ruang kosong di bawah senarai ini untuk diisi dengan target extra. Tahun ni kita mula puasa hari Isnin, ya!

Screen Shot 2016-06-04 at 4.39.33 AM

Inilah senarai semak kita tahun ini!

 

Puasa ni kan, kalau kita cakap kat non-Muslim kita tak makan siang selama 30 hari, mereka pula yang tak keruan, meroyan, kebingungan pasal puasa. Ujarnya, “Aiyyooo.. Susah wooo…” Padahal puasa tak susah pun. Amende-lah susahnya? Kalau sibuk bekerja pagi sampai petang, mana ingat nak makan. Saya pernah bekerja di kedai percetakan. Sumpah, selama saya bekerja di situ, boleh dikira berapa kali saya keluar makan tengahari. Sibuk, bhai.. Tengok kalendar, 4 kali Jumaat. Pejam-celik mana rasa.  Berazamlah untuk meningkatkan amalan Ramadhan marathon kita setiap hari, setiap minggu. Kurangkan beralasan. Kita boleh! Kita Muslim yang superb!

Mutaba’ah ni sesuai untuk semua lapisan umur. Tak kiralah kamu ikut usrahkah, tak ikut usrahkah, kuat mainkah, cikgu sekolahkah, poliskah, budak hisap gam belakang kantinkah.. Semua boleh! Kenapa nak beralasan atas label-label sebegitu untuk tidak beribadat di bulan Ramadhan?! Ramadhan sekali setahun je weih!

Untuk sebulan ini abaikan apa yang orang lain cakap. Tumpukan perhatian kepada amalan kita, ikhlaskan hati dalam beribadah. Malu nak ke masjid sebab terbiasa berzina? Ah, tinggalkan semua itu dan teruskan niat murni ke masjid. Walaupun banyak mulut yang mengata, ingat, setiap langkah yang kamu paksa gagah itu dipandang berat oleh Allah s.w.t. Kerana apa? Kerana usaha, Allah sayang!

Tips untuk mencari kekuatan: Buat demi Allah s.w.t., kerana meraih redha-Nya.

Banyak bebel bukan? Haha! Sila muat turun mutaba’ah dengan klik link di bawah:
Mutaba’ah Ramadhan ’16

Pesanan terakhir. Ikhlaskan hati untuk beribadah kerana-Nya. Walaupun keikhlasan seseorang itu sukar diukur kerana akan ada nafsu yang cuba mengapi-apikan rasa riak dan ujub.. Tetaplah pada niat, bukan beribadat kerana nak impress other people dan bukan jadi bahan status di Facebook, Instagram & Twitter. Tahun 2016 mungkin di Snapchat, Vines etc.

Ni, kalau nak share mutaba’ah ni tak payah minta izin tau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sama-sama kita perbaiki diri dan kualiti ibadat kita. Wassalam..

P/s: Admin sokong kempen #RespekRamadhan tahun ini. Jangan merokok di tempat awam. Berhenti mempromosikan zina. Sekat bahan pornografi. Tutup aurat setiap kali keluar rumah.

Move On-lah kerana kamu layak untuk bahagia

3 Comments

Scrolling blog orang ni banyak benda pulak saya rasa nak ulas. Al-maklumlah hari tu deactivate Facebook, maka rajinlah saya stalk blog kawan2 yang saya sendiri tak berapa kenal.

Relationship on-off katanya sampai 5x. Sekarang dah setahun lebih berpisah tapi si teruna masih terimpi-impi. Si gadis pula sudah memasang pengganti.
Kata teruna, “Bukan tak nak move on tapi kerana terlalu banyak memori”.
Pada entri lain katanya lagi, “Bukan tak nak move on tapi ini soal kebahagiaan diri.”

Sebab dia lelaki tidaklah saya ingin mengulas depan-depan. Makanya saya ulas di sini untuk renungan saya pada hari kelak. Untuk anda juga, perhaps..?

Pada blognya saya dapati banyak tulisan islamik, tapi masalahnya juga banyak coretan anganan yang membuat saya rasa dia ni tidak sedar bahawa yang susu tak sedap kalau dah campur ngan cuka buatan. Kalau ye nak buat susu masam, tambahlah beneficial bacteria, barulah bermanfaat.

1. Terlalu banyak memori sehingga sukar dilupakan.

Kan..? Tahu sakit hati.. Haa.. Sebab itu Allah pesan jangan couple kerana dia tidak mahu hambanya dilemahkan dengan derita “sakitnya tuh di sini” (tunjuk kat hati).

Jangan dekati zina, ianya satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk
(al-Isra’: 32).

Sampai kena guna perkataan “keji”. Pergh.. Allah knows best. Walaupun lepas break-up, masih lagi terbawa ke dalam mimpi anganan untuk hidup bersama. Memori itu, kalau yang halal, bolehlah jadi penguat semangat. Tapi dah kalau yang haram, yang bikin kamu rasa “butterflies in the tummy”, itulah senjata ampuh syaitan untuk melemahkan semangat kamu, yang menambah kelalaian, yang membiarkan kamu hanyut dalam fantasi, dan yang paling teruk, buat kamu tak boleh nak move on. Maka, jadilah kamu manusia forever alone.

Yang tak tahan tu, mimpi dia dan pasangan di masjid bersama seorang anak lelaki. Maaflah kawan, tak tahan berdekah bila baca entri yang satu ni. Masjid tu beb!! Syaitan ni tak perlu masuk MMU untuk dpt degree in Virtual Reality, dah boleh bina masjid dengan realistik dalam mimpi. Kaahh~

2. Soal kebahagiaan diri.

Mitos, bahagia hanya mampu dicapai dengan mengahwini wanita idaman hati. Bahagianya itu cuma ada pada si gadis yang memiliki hatinya “forever more”. Waduh.. Cliché banget sih kayak sinetron di TV.

Bahagia itu ada di antara kita dan Allah. Berusahalah mencari di ceruk mana. Bukan pada gadis yang bukan milik kamu, yang kamu relakan hatimu untuk dia pegang dan buat mainan. Kamu seperti meletakkan diri kamu di tempat yang tidak layak, dan kamu rela dan redha jika kamu tidak bahagia. Yang sebenarnya kamu layak di tempat yang mulia kedudukannya dan kamu layak untuk bahagia.

Jangan kamu berkeras menyimpan memori itu kalau kamu sedia tahu Allah tidak redha. Bukan saya kata memori itu mudah dihapuskan, tidak. Tetapi sesukar manapun untuk kamu melupakannya, mohonlah keampunan daripada Allah kerana teringatkan bahagia selain-Nya.

Istighfar-lah kerana dengan mengingati-Nya hatimu akan tenang
(ar-Ra’d: 28).

Mohonlah perlindungan kerana kamu tahu syaitan sedang mencucuk kamu, geram untuk melihat kamu tersenyum sipu mengenangkan yang lalu. Pui..!
Ada satu entri dia menyatakan tentang kebajikan yang dia buat pada suatu hari kerana kasihan terlihat pakcik menjual jeli shumi di pasar malam. Bukan nak suruh pembaca kata dia ni riak, sebab soal tu tak wujud rasanya kalau kita tak kenal orang tu (anonymous). Dia hulurkan duit merah. Walaupun dia tak jumpa laksa yang diidamkannya di pasar malam (niat awalnya), sekurang-kurangnya dia bahagia kerana menghulur duit merah pada pakcik penjual shumi tu. See?

Bahagia tu datang dari Allah selagimana redha-Nya yang kita harapkan
(an-Nisa’: 114).

Pandai pun kau, kawan. Haih~! Itu clue Allah bagi camne nak cari bahagia through charity. Harap kau nampak.

And lastly (sebab tetiba rasa panjang sangat dah), potonglah angan-angan kamu yang panjang itu, dan kalau nak bahagia, berhentilah meratapi masa silam. Your future is way brighter, and it’s up to you how you want to paint your canvas. Kalaulah jodohmu dengan si dia, memori silam itu dah tak penting dah sebab yang penting itu masa depan.. Nak syurga kan? Kan?

Impossible-lah nak cakap direct benda ni sebab tak tahu bila dia ready dan saya pula bukan jenis speaker depan lelaki. If one day this post circulates and come to you, then Allah knows that your heart is strong and ready. Sayang, terkadang saya merasa dia punya potensi yang baik, tetapi masih terbelenggu dengan mainan syaitan. Mohon pagar diri daripada cucukan jahiliyah.

Silau pulak mata tengok screen laptop ni. Minta diri dulu. Yang baik kita ambil, yang hampeh kita sembang nanti. Wassalam..

Kalori, mohonlah bakor.

Leave a comment

Teruk betul saya makan hari ni. Boleh pulak dalam sehari 4 hidangan nasi saya makan. Allah.. Lama-lama macam ni mudarat lah T_T

Semestinya kamu yang jenis makan lantak akan tertanya-tanya, 4 hidangan nasi, so what? Biasalah.. Kita makan hari-hari kot. Apalah nak berkira sangat ngan kalori tu..

Kenapa saya berkira-kira sangat pasal ni? Straight to the point, saya memang kalau boleh nak maintain berat badan. Memanglah sekarang nampak body kecik sedap-sedap.. But then in the future, the leftover energy yang kita sepatutnya bakar melalui aktiviti seharian kita, akan bertukar menjadi fat. Lama-lama kita pun fat.

Okay.. Now you guys would say, pergilah workout, burn that calories. Yes, that is what I am doing 3x per week; say yoga, personal training, high-intensity abs workout etc. These things help a lot not only in maintaining my weight, but also building muscles to replace the fatty layer under my skin. Soon, bye-bye cellulite.

So what happen kalau makan banyak? Yelah.. Bagi saya seolah-olah benda ni spoil usaha saya selama ni. Hadoi.. Kalau kamu jenis faham tentang diet, mesti kamu faham rasa mengkhianati usaha diet kita selama ini. Cheh.. Nak cakap je. Lol. Bayangkan dalam satu project team, kita penat-penat bekerjasama dan bertungkus-lumus dari awal semester sampai nak hujung semester untuk siapkan projek yang kita ingin sangat menjadi sebuah kejayaan dalam sejarah hidup kita. Tiba-tiba seorang member ni dia buat hal pulak, tengah-tengah semester dah mula malas, hilang semangat, tak buat kerja.. Kan dia lah spoiler dalam group tu. Last-last masa nak present hujung nanti, hambar..

Hambar.. Mahukah kamu diet kamu selama ini menjadi sia-sia? Tak mahu kan? Haish!

Jadinya malam ini, saya check pembakaran kalori kat CalorieCalculator. Nak tahu kalori yang optimum kita ambil setiap hari, kena tahu berat, tinggi dan umur. Saya umur 26, tinggi tak berapa, berat 44kg. Berat saya ni kira OK lah kan bagi kamu? Sebab tu saya nak kekalkan. Nombor cantik walaupun orang Cina tak suka. Kah kah kah!

Untuk kekalkan berat ni, kalori yang sepatutnya saya ambil untuk setiap hari hanyalah 1,450. Kalau terlebih intake, kenalah bakor.. Cara-cara nak bakor kalori ni ada disediakan dalam gambar rajah yang saya attached pada entry ni. Hmm.. Terfikir pulak kan kalau 4 hidangan nasi yang saya makan tadi tu berapa kalori-lah agaknya?

Satu hidangan nasi = 225 kalori
225 x 4 hidangan = 900 kalori

900 kalori macam OK kan? Jangan lupa lauk-lauk yang saya makan tadi.. Berminyak, berlemak.. Waduh waduh.. Gawatlah begini.

K bye. Esok nak jogging.

burn baby burn

Sekarang kamu tahu kan pentingnya jaga makan. Kalau tak, azablah kena buat 100 lompat bintang, 100 sit-ups, 100 squats. Haih!

Kalau mahu berpesan..

Leave a comment

Menasihati, atau ada orang suka sebut berpesan, buat sesetengah orang ianya suatu perkara yang mudah dilaksanakan, dan bagi sesetengah yang lain, ianya perkara yang kalau boleh dia nak elakkan, atau cuba pass kat orang lain untuk melaksanakannya.

Bagi yang ringan menasihati orang lain, itu ialah perkara yang bagus. Tetapi ini terpulang kepada cara penyampaiannya. Nasihat itu adalah agama, which means it is a good thing, and it should not be something hard to do. Bahkan semua orang kena berlumba-lumba melaksanakannya. Dan orang yang dinasihati itu harus mengambil nasihat itu sebaiknya, bukan untuk diambil ringan dan ditertawakan.

Ada pula orang yang memberi nasihat tetapi mempunyai niat untuk menjelekkan orang lain. OK.. Yang ni, busuk.. Memang mulut busuk.

Nasihatlah dengan niat untuk memperbaiki DIRI dan ORANG LAIN.

Orang yang tidak mahu menasihati pula biasanya dia ada alasan-alasan seperti:

  1. Malu,
  2. Rasa tidak layak (mungkin kerana orang yang perlu dinasihatinya itu lebih baik kedudukannya dari dia),
  3. Rasa diri lebih banyak buat salah,
  4. Tidak suka bercakap dengan orang yang perlu dinasihati itu (mungkin sebab dah menyampah sangat),
  5. Takut dimarahi,
  6. Takut putus hubungan,
  7. Takut nasihatnya tidak diterima,
  8. (dan) macam-macam lagi jenis takut.

Pembaca sekalian, sekiranya kita ingin mengubah dunia atau sekurang-kurangnya mengubah Malaysia atau paling sikitpun ubah keadaan pejabat/fakulti kita, alasan-alasan yang di atas itu harus kita bungkus dan masuk tong “moeru“!

Moeru(燃える)= Japanese for bahan bakar. Mentang-mentang buat assignment Slash and Burn sekarang.

Mari kita ulangkaji semula nasihat Imam Syafie rahimahullah tentang cara menasihati agar orang lain mudah menerima nasihat kita:

“Tutuplah kesalahanku dengan menasihatiku seorang diri. Janganlah menasihatiku di hadapan khalayak ramai, kerana menasihatiku di hadapan orang lain adalah seperti memburuk-burukkan (menghina) aku. Aku tidak redha mendengar seperti itu. Jika engkau enggan menuruti perkataanku, maka jangan hairan jika nasihatmu tidak ditaati.”

Haa… Imam Syafie ni walaupun beliau seorang yang alim, juga seorang imam, beliau juga menuntut untuk dinasihati supaya dirinya diperbaiki, tetapi harus kena dengan adabnya.

Antara hal-hal lain yang harus kita consider,

  • Sifat orang mukmin adalah menasihat (berpesan ke arah kebaikan) dan menutupinya, manakala sifat orang munafik dalam nasihatnya bermaksud untuk menghina orang lain.
  • Jangan pula semasa kita berpesan, kita menyampaikannya dengan gelak tawa yang mana boleh membuatkan orang memikirkan hal itu tidak serius. Saya tahu ada yang berbuat demikian untuk mengelakkan situasi jadi awkward sebab tiba-tiba situasi jadi serius and tensed. Lebih baik elakkan. Keep calm, and deliver it from the heart with kindness.
  • Sekarang ni kan banyak aplikasi online yang memboleh kita private message, apa salahnya kita gunakan medium itu untuk menyampaikan nasihat. Kita juga boleh sampaikan nasihat dalam berbentuk grafik (info-grafik) dan poskan ia ke public page seperti Instagram, Facebook, Twitter etc. tapi tak perlulah tag orang sasaran itu.

Hah.. Itu jelah kot. Bersahaja nak kongsikan apa yang dipelajari melalui bahan bacaan dengan harapan ilmu yang diterima ini tidak membasi dalam otak. Saya nak sambung buat assignment. Mohon doa! ^_^

 

Older Entries