Prihatin Seorang Pemimpin Ugama

Assalamualaikum.
Hari ini mungkin hari bertuah saya kerana melihat paparan ini di Instagram feeds saya.

Sekitar minggu yang lalu seorang saudara artis kita seperti berbuat ‘hal yang pelik’ di media Instagram nya. Mungkin tak perlulah saya katakan apa dia buat. Saya tidak pernah mengikuti perkembangan beliau di dunia seni kerana saya rasa tidak perlu untuk melihat gambar-gambar orang yang bukan saya kenal pun.

Mungkin dalam minggu lepas kalau tak silap, kecoh dalam kalangan warga Twitter tentang Live Videos (LV) dan Instagram posts nya yang memberi gambaran pelik dan ‘bukan diri sendiri’. Ada yang mencemuh, ada yang menyarankan dia pergi berubat. Saya sendiri akui saya geram bila tengok screenshot yang tular di Twitter. Saya harap kalau dia berasa tertekan, eloklah dia mengasingkan diri dari media sosial dan berehat sebentar sampai masa dia tenang semula.

Hari ini Dr Zulkifli (Mufti KL) melahirkan rasa prihatinnya pada saudara artis ini. Betul, Dr Zul. Kita pun tak tahu apa yang dia lalui, kenapa kita nak cemuh? Semoga saudara artis yang dikatakan ini menerima jemputan Mufti KL. Siapalah tak nak jumpa beliau? Mesti best kalau dapat dengar taujihat terus daripadanya. Kepimpinan melalui tauladan. 🙂

Kami pun tumpang tenang membaca surat terbuka ini. Di Twitter beliau, tidak kurang juga yang mengirim maaf.

26167147_10155890947178326_7331478703940070959_n

Semua ikut tersentuh bila Dr. Zulkifli buat begini. Huhu.. Kepada rakan-rakan yang lain, sekiranya anda juga mengalami tekanan dan berasa tidak kuat sendiri, mintalah taujihat daripada orang yang boleh anda percayai.

Saya yang mengagumi Mufti KL yang in-tune dengan media sosial,
KulatBuku   

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s