Sehinggalah Shell berhenti menyokong agenda LGBT

Semalam sengaja saya bertangguh mengisi minyak, menghabiskan petrol yang tersisa dalam tangki skuter. Saya nekad untuk tidak lagi mengepam di Shell selagi tidak darurat.

Sampai di Petronas kawasan Bangi, saya terus minta pada juruwang untuk memohon kad keistimewaan Mesra. Dia menghulurkan kad baru sedang saya menerimanya sambil menunggu sebutharga.
“Tidak perlu bayar,” ujar juruwang Bangladesh itu.
“Itu FREE,” sampuk rakannya.
Saya masih kaku di situ kerana saya kira tadi saya perlu bayar untuk mengaktifkannya sebelum mengisi minyak. Paling tidak, diberi borang untuk pendaftaran kad.

“Err.. Pam nombor sebelas, lima ringgit,” minta saya ringkas, cuma empat patah, hanya bersuara setelah satu kedai Mesra saya pusing untuk fikirkan apa yang saya perlu buat.

kad Mesra

• BERMULANYA PEMBOIKOTAN SHELL •

Pada 10 Oktober 2017, Shell antarabangsa telahpun mengisytiharkan secara terbuka di laman rasmi Facebook mereka akan sokongan terhadap LGBT pride – International Coming Out Day.

• “COMING OUT” •

Satu frasa Barat yang kebiasaannya diungkap dalam pengakuan seseorang yang mahu berterus-terang tentang status gender dan orientasi seksualnya – Homoseksual atau Transgender (LGBT+)

• KITA TIDAK SOKONG AGENDA LGBT+ •

  1. Hubungan songsang dan penukaran jantina adalah diharamkan di sisi Islam. Pasangan sejenis tidak boleh bernikah, dan hubungan intim tanpa ikatan sah adalah perbuatan zina. Kekeliruan orientasi seksual, sekiranya dikesan sedari awal boleh diubati dengan kaunseling. LGBT bukanlah perkara semulajadi, tetapi ianya jadi-jadian. Menyokong LGBT adalah tindakan yang salah. Sepatutnya kita beri mereka kesedaran bahawa apa yang mereka alami itu menyimpang dari fitrah kejadian manusia dan fitrah kekeluargaan. Tolong betulkan kepercayaan mereka dengan pendekatan agama. Itulah bentuk sokongan yang sewajarnya.
  2. Jangkitan HIV kini semakin berleluasa, 65% adalah daripada golongan homoseksual & biseksual. (Penolong Pengarah Bahagian Kawalan HIV dan STI cawangan Kuala Lumpur dan Putrajaya, 2017).
    Menyokong hubungan yang tidak direstui agama dan amalan seks bebas akan menjadikan peratusan jangkitan HIV semakin tinggi, bahkan mengundang bala. Bukankah “mencegah lebih baik daripada merawat”?

“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

• TEKANAN SEKELILING •

Tekanan sosial dan ekonomi daripada sekeliling tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berlembut terhadap mereka yang mempromosikan kemungkaran juga kemaksiatan. Bahkan, orang yang mencegah kemungkaran dan menyeru berbuat baik itulah orang yang berjaya sepertimana firman Allah subhanahu wataala,

“Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Tidak perlu gentar untuk menghadapi mereka yang bersungguh-sungguh mempromosikan gaya hidup LGBT ini, kerana Allah telah menyeru untuk kita tetap teguh menghadapi golongan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah al-Anfal, ayat 45)

• AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR •

Amar makruf dan nahi mungkar bertujuan membetulkan jati diri manusia. Mungkin ada yang lupa hikmah Amar Makruf Nahi Mungkar yang kita semua telah pelajari dalam kelas Pendidikan Islam. Saya sertakan hikmah-hikmah yang boleh kita dapati dengan menghalang kemungkaran:

  1. Menegakkan syariat Allah,
  2. Mengatasi kemungkaran yang berleluasa,
  3. Pembangunan ummah menjadi lancar,
  4. Ekonomi meningkat,
  5. Keselamatan terjamin,
  6. Mengangkat martabat agama,
  7. Memelihara maruah.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s