Aku tak tahulah apa yang aku cakap kat penjual baju ni sampai dia reply macam ni kat aku.

Kalau pressure, tak payahlah bebankan diri ambik tempahan baju akhawat. Yes, aku memang tak berkenan ngan kualiti baju tu. Bagi aku, baju persatuan kena tempah kualiti elok supaya menang kita memakai lama-lama. OK mungkin adik ni tak survey pengilang sebelum tempah, dia setuju saja. Takpa.. Benda biasa kalau dah rushing semua.

Yang kecewanya, aku rasa adik ni cakap macam tak beradab dengan pelanggan. Katanya, boleh je pos balik kalau tak puas hati, dia kasi duit balik.

Bila aku reply aku nak pos balik, bertubi dia punya mesej bagitau pulak dia tak puas hati ngan cara aku. Ape ni, dik? Kata boleh pos balik, tapi melenting pulak. Wadehekk~?

Aku punyalah menanti baju tu, memanglah aku excited sebab itu baju persatuan aku yang pertama aku beli. Aku spend duit yg sepatutnya jadi duit makan aku supaya aku ada baju bercop persatuan untuk aku pergi program. Masalahnya, bila sampai-sampai je terus hangus expectation aku menjadi abu. Hmm.. Bab kualiti kain tu satu, yang satu lagi ni memang aku rasa pengilang tu tipu adik yang tempah baju ni. Saiz baju aku tempah tak sama langsung dengan saiz kat carta ukuran yang dia bagi. Wadehekk~ kali kedua. Makin kuatlah aku nak return baju tu. Dengan attitude akhawat yang macam ni lagi. Adui.. Tolonglah settle hubungan dlm jamaie.

Aku pada asalnya tak salahkan pun adik ni. Sebab apa-apapun dari pengilang. Tapi dia punya marah kat aku sampai 7 speech bubbles keluar dengan kata-kata sindiran, menjadikan keningku bersambung dan diriku tertanya, “Siapa dia ni? Aku nak jumpa budak ni. Kenapa macam kurang ajar sangat? Siapa naqibah dia?”
Hah.. Itulah.. Attitude dia yang buat aku tak senang. Padahal mulanya OK ja. Aduhai akhawat..

Aku beli ngan ZALORA je lah senang. Kalau barang rosak/salah saiz/tak mencapai expectation, boleh return semula for free. Duit terus dikreditkan dalam akaun.

Dik, akak harap awak berusahalah sikit untuk final year. Hari tu akak termaki awak pulak. Kalau awak rasa macam susah dan payah tu, teruskan jelah usaha. Terima kasih.

Advertisements