Assalamualaikum, pembaca sekalian.

Bulan puasa menjelang tiba! Kita belum terlambat lagi nak pasang target kita untuk Ramadhan tahun ini. Untuk kita sentiasa monitor prestasi ibadat kita setiap hari, sebaiknya buatlah mutaba’ah atau check list amal kita. Mutaba’ah ni macam senarai semak lah.. Lepas buat, tanda. Kalau tak buat, tak payah tanda. Sebelum tidur muhasabah diri mana ibadat yang tertinggal, dan pasang azam setiap hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan kita tingkatkan amal.

Dah bertahun-tahun saya repost mutaba’ah ni, nampaknya setiap tahun kena update sebab nak tukar style. Hahah.. Column yang saya warnakan hijau pucat itu menandakan hari Jumaat setiap minggu. 28 item semuanya dan saya sengaja tinggalkan ruang kosong di bawah senarai ini untuk diisi dengan target extra. Tahun ni kita mula puasa hari Isnin, ya!

Screen Shot 2016-06-04 at 4.39.33 AM

Inilah senarai semak kita tahun ini!

 

Puasa ni kan, kalau kita cakap kat non-Muslim kita tak makan siang selama 30 hari, mereka pula yang tak keruan, meroyan, kebingungan pasal puasa. Ujarnya, “Aiyyooo.. Susah wooo…” Padahal puasa tak susah pun. Amende-lah susahnya? Kalau sibuk bekerja pagi sampai petang, mana ingat nak makan. Saya pernah bekerja di kedai percetakan. Sumpah, selama saya bekerja di situ, boleh dikira berapa kali saya keluar makan tengahari. Sibuk, bhai.. Tengok kalendar, 4 kali Jumaat. Pejam-celik mana rasa.  Berazamlah untuk meningkatkan amalan Ramadhan marathon kita setiap hari, setiap minggu. Kurangkan beralasan. Kita boleh! Kita Muslim yang superb!

Mutaba’ah ni sesuai untuk semua lapisan umur. Tak kiralah kamu ikut usrahkah, tak ikut usrahkah, kuat mainkah, cikgu sekolahkah, poliskah, budak hisap gam belakang kantinkah.. Semua boleh! Kenapa nak beralasan atas label-label sebegitu untuk tidak beribadat di bulan Ramadhan?! Ramadhan sekali setahun je weih!

Untuk sebulan ini abaikan apa yang orang lain cakap. Tumpukan perhatian kepada amalan kita, ikhlaskan hati dalam beribadah. Malu nak ke masjid sebab terbiasa berzina? Ah, tinggalkan semua itu dan teruskan niat murni ke masjid. Walaupun banyak mulut yang mengata, ingat, setiap langkah yang kamu paksa gagah itu dipandang berat oleh Allah s.w.t. Kerana apa? Kerana usaha, Allah sayang!

Tips untuk mencari kekuatan: Buat demi Allah s.w.t., kerana meraih redha-Nya.

Banyak bebel bukan? Haha! Sila muat turun mutaba’ah dengan klik link di bawah:
Mutaba’ah Ramadhan ’16

Pesanan terakhir. Ikhlaskan hati untuk beribadah kerana-Nya. Walaupun keikhlasan seseorang itu sukar diukur kerana akan ada nafsu yang cuba mengapi-apikan rasa riak dan ujub.. Tetaplah pada niat, bukan beribadat kerana nak impress other people dan bukan jadi bahan status di Facebook, Instagram & Twitter. Tahun 2016 mungkin di Snapchat, Vines etc.

Ni, kalau nak share mutaba’ah ni tak payah minta izin tau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sama-sama kita perbaiki diri dan kualiti ibadat kita. Wassalam..

P/s: Admin sokong kempen #RespekRamadhan tahun ini. Jangan merokok di tempat awam. Berhenti mempromosikan zina. Sekat bahan pornografi. Tutup aurat setiap kali keluar rumah.

Advertisements