Scrolling blog orang ni banyak benda pulak saya rasa nak ulas. Al-maklumlah hari tu deactivate Facebook, maka rajinlah saya stalk blog kawan2 yang saya sendiri tak berapa kenal.

Relationship on-off katanya sampai 5x. Sekarang dah setahun lebih berpisah tapi si teruna masih terimpi-impi. Si gadis pula sudah memasang pengganti.
Kata teruna, “Bukan tak nak move on tapi kerana terlalu banyak memori”.
Pada entri lain katanya lagi, “Bukan tak nak move on tapi ini soal kebahagiaan diri.”

Sebab dia lelaki tidaklah saya ingin mengulas depan-depan. Makanya saya ulas di sini untuk renungan saya pada hari kelak. Untuk anda juga, perhaps..?

Pada blognya saya dapati banyak tulisan islamik, tapi masalahnya juga banyak coretan anganan yang membuat saya rasa dia ni tidak sedar bahawa yang susu tak sedap kalau dah campur ngan cuka buatan. Kalau ye nak buat susu masam, tambahlah beneficial bacteria, barulah bermanfaat.

1. Terlalu banyak memori sehingga sukar dilupakan.

Kan..? Tahu sakit hati.. Haa.. Sebab itu Allah pesan jangan couple kerana dia tidak mahu hambanya dilemahkan dengan derita “sakitnya tuh di sini” (tunjuk kat hati).

Jangan dekati zina, ianya satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk
(al-Isra’: 32).

Sampai kena guna perkataan “keji”. Pergh.. Allah knows best. Walaupun lepas break-up, masih lagi terbawa ke dalam mimpi anganan untuk hidup bersama. Memori itu, kalau yang halal, bolehlah jadi penguat semangat. Tapi dah kalau yang haram, yang bikin kamu rasa “butterflies in the tummy”, itulah senjata ampuh syaitan untuk melemahkan semangat kamu, yang menambah kelalaian, yang membiarkan kamu hanyut dalam fantasi, dan yang paling teruk, buat kamu tak boleh nak move on. Maka, jadilah kamu manusia forever alone.

Yang tak tahan tu, mimpi dia dan pasangan di masjid bersama seorang anak lelaki. Maaflah kawan, tak tahan berdekah bila baca entri yang satu ni. Masjid tu beb!! Syaitan ni tak perlu masuk MMU untuk dpt degree in Virtual Reality, dah boleh bina masjid dengan realistik dalam mimpi. Kaahh~

2. Soal kebahagiaan diri.

Mitos, bahagia hanya mampu dicapai dengan mengahwini wanita idaman hati. Bahagianya itu cuma ada pada si gadis yang memiliki hatinya “forever more”. Waduh.. Cliché banget sih kayak sinetron di TV.

Bahagia itu ada di antara kita dan Allah. Berusahalah mencari di ceruk mana. Bukan pada gadis yang bukan milik kamu, yang kamu relakan hatimu untuk dia pegang dan buat mainan. Kamu seperti meletakkan diri kamu di tempat yang tidak layak, dan kamu rela dan redha jika kamu tidak bahagia. Yang sebenarnya kamu layak di tempat yang mulia kedudukannya dan kamu layak untuk bahagia.

Jangan kamu berkeras menyimpan memori itu kalau kamu sedia tahu Allah tidak redha. Bukan saya kata memori itu mudah dihapuskan, tidak. Tetapi sesukar manapun untuk kamu melupakannya, mohonlah keampunan daripada Allah kerana teringatkan bahagia selain-Nya.

Istighfar-lah kerana dengan mengingati-Nya hatimu akan tenang
(ar-Ra’d: 28).

Mohonlah perlindungan kerana kamu tahu syaitan sedang mencucuk kamu, geram untuk melihat kamu tersenyum sipu mengenangkan yang lalu. Pui..!
Ada satu entri dia menyatakan tentang kebajikan yang dia buat pada suatu hari kerana kasihan terlihat pakcik menjual jeli shumi di pasar malam. Bukan nak suruh pembaca kata dia ni riak, sebab soal tu tak wujud rasanya kalau kita tak kenal orang tu (anonymous). Dia hulurkan duit merah. Walaupun dia tak jumpa laksa yang diidamkannya di pasar malam (niat awalnya), sekurang-kurangnya dia bahagia kerana menghulur duit merah pada pakcik penjual shumi tu. See?

Bahagia tu datang dari Allah selagimana redha-Nya yang kita harapkan
(an-Nisa’: 114).

Pandai pun kau, kawan. Haih~! Itu clue Allah bagi camne nak cari bahagia through charity. Harap kau nampak.

And lastly (sebab tetiba rasa panjang sangat dah), potonglah angan-angan kamu yang panjang itu, dan kalau nak bahagia, berhentilah meratapi masa silam. Your future is way brighter, and it’s up to you how you want to paint your canvas. Kalaulah jodohmu dengan si dia, memori silam itu dah tak penting dah sebab yang penting itu masa depan.. Nak syurga kan? Kan?

Impossible-lah nak cakap direct benda ni sebab tak tahu bila dia ready dan saya pula bukan jenis speaker depan lelaki. If one day this post circulates and come to you, then Allah knows that your heart is strong and ready. Sayang, terkadang saya merasa dia punya potensi yang baik, tetapi masih terbelenggu dengan mainan syaitan. Mohon pagar diri daripada cucukan jahiliyah.

Silau pulak mata tengok screen laptop ni. Minta diri dulu. Yang baik kita ambil, yang hampeh kita sembang nanti. Wassalam..

Advertisements