*Sambungan dari Muhasabah April #1*

“Beb tekan brake ke untuk hidupkan lampu belakang ni?” Pembonceng bertanya, menguatkan sedikit suara yang terbawa angin malam.

“A’ah. Kalau tak tekan takda lampu merah.” Jawab penunggang.

“Hmm.. Nanti cepat habis minyak takpa kah?” Soal pembonceng lagi.

“Taklah. Guna bateri je! Sebab lampu sambung kat bateri.”

Aku ni takdalah tak pandai sangat. Pembonceng bermonolog dari dalam hati. Can’t help her own face pulled flat. Memang akan makan minyak kalau press brake sekali ngan minyak. Beri Force yang lebih diperlukan untuk motor itu meluncur.

“Oh begitu ke..?” Ujar pembonceng. Sengaja bermain.

“Eh, ya. Makan minyak sikit. Tapi takpa sekejap je ni.”

“Kalau jalan terang macam ni dah OK tak perlu tekan dah. Pemandu lain nampak dah kita.” Sambungnya setelah melalui pintu utama UKM.

Barulah Pembonceng menarik nafas lega. Bermuhasabah sepanjang perjalanan.

Bukan fitrah ciptaannya agar skuter itu ditekan brek sepanjang masa untuk lampu keselamatan belakang itu hidup. Tapi atas keuzuran, terpaksalah melawan fitrah.

Patutlah aku tengok skuter ni cam kesian je.. Hmm.. Begini rupanya layak pemiliknya. Bertabahlah, skuter. Suara hati Pembonceng berpesan kepada diri agar menjaga harta sebaiknya. Bukan kerana melebihkan dunia, tapi sebolehnya perbelanjaan untuk membaiki kerosakan itu dan ini dapat dikurangkan untuk menampung perbelanjaan yang lebih bermanfaat. Sekiranya rosak, berikan haknya untuk dibaiki (walaupun ia bukan benda hidup). Jangan paksa apa yang ia tak mampu, supaya ia boleh tahan lama berkhidmat untuk tuannya. Respect the limit.

Sehingga tiba di rumah sendiri Pembonceng bermuhasabah: Respect the limit. Pesan hatinya lagi.

*TAMAT*

gambar-kartun-pegang-payung

Advertisements