Meluncur dgn skuter Yamaha Ego di sepanjang jalan gelap tak berlampu pada setiap malam Selasa, perkara biasa bagi dua gadis itu.
Entah mengapa pada malam ini si Penunggang asyik memandang cermin belakang. Pembonceng hairan. Makin lama makin seram pula melihat gelagat Penunggang itu. Tiba di selekoh skuter pun berhenti. Kiri dan kanan hutan belukar. Penunggang terbongkok-bongkok meneliti side mirror.

“Kenapa, Beb?”

“Kak … …” (bercakap dgn suara x didengari).

“Apa? Kenapa Beb?”

“Kak turun sekejap.” Sambil menoleh kepada Pembonceng.

Pembonceng pun turun.

“Hah..” Pembonceng menanti apa yang Penunggang mahukan.

“Cuba kak tengok belakang.”

“Hah..” Sambil memandang ke belakang motor. Kenapalah pulak?! Rasa menyampah dalam hati kerana diarah begitu.

“Ada lampu (merah) tak?” Pembonceng pun faham lampu yang dimaksudkan itu lampu keselamatan.

“Adalah lampu merah.”

“Dan sekarang?”

“Takda.” Aik.. Kenapa tak hidup ni?

“Sekarang ada lagi?”

“Ada.”

“OK lampu keselamatan tak berfungsi. Dah, naik.”

Cheh, dia ni buat seram aku je.

*bersambung*

Fizah

Berjaga-jaga ngan dia. Buat jalanraya macam dia punya.

Advertisements