Teruk betul saya makan hari ni. Boleh pulak dalam sehari 4 hidangan nasi saya makan. Allah.. Lama-lama macam ni mudarat lah T_T

Semestinya kamu yang jenis makan lantak akan tertanya-tanya, 4 hidangan nasi, so what? Biasalah.. Kita makan hari-hari kot. Apalah nak berkira sangat ngan kalori tu..

Kenapa saya berkira-kira sangat pasal ni? Straight to the point, saya memang kalau boleh nak maintain berat badan. Memanglah sekarang nampak body kecik sedap-sedap.. But then in the future, the leftover energy yang kita sepatutnya bakar melalui aktiviti seharian kita, akan bertukar menjadi fat. Lama-lama kita pun fat.

Okay.. Now you guys would say, pergilah workout, burn that calories. Yes, that is what I am doing 3x per week; say yoga, personal training, high-intensity abs workout etc. These things help a lot not only in maintaining my weight, but also building muscles to replace the fatty layer under my skin. Soon, bye-bye cellulite.

So what happen kalau makan banyak? Yelah.. Bagi saya seolah-olah benda ni spoil usaha saya selama ni. Hadoi.. Kalau kamu jenis faham tentang diet, mesti kamu faham rasa mengkhianati usaha diet kita selama ini. Cheh.. Nak cakap je. Lol. Bayangkan dalam satu project team, kita penat-penat bekerjasama dan bertungkus-lumus dari awal semester sampai nak hujung semester untuk siapkan projek yang kita ingin sangat menjadi sebuah kejayaan dalam sejarah hidup kita. Tiba-tiba seorang member ni dia buat hal pulak, tengah-tengah semester dah mula malas, hilang semangat, tak buat kerja.. Kan dia lah spoiler dalam group tu. Last-last masa nak present hujung nanti, hambar..

Hambar.. Mahukah kamu diet kamu selama ini menjadi sia-sia? Tak mahu kan? Haish!

Jadinya malam ini, saya check pembakaran kaloriĀ kat CalorieCalculator. Nak tahu kalori yang optimum kita ambil setiap hari, kena tahu berat, tinggi dan umur. Saya umur 26, tinggi tak berapa, berat 44kg. Berat saya ni kira OK lah kan bagi kamu? Sebab tu saya nak kekalkan. Nombor cantik walaupun orang Cina tak suka. Kah kah kah!

Untuk kekalkan berat ni, kalori yang sepatutnya saya ambil untuk setiap hari hanyalah 1,450. Kalau terlebih intake, kenalah bakor.. Cara-cara nak bakor kalori ni ada disediakan dalam gambar rajah yang saya attached pada entry ni. Hmm.. Terfikir pulak kan kalau 4 hidangan nasi yang saya makan tadi tu berapa kalori-lah agaknya?

Satu hidangan nasi = 225 kalori
225 x 4 hidangan = 900 kalori

900 kalori macam OK kan? Jangan lupa lauk-lauk yang saya makan tadi.. Berminyak, berlemak.. Waduh waduh.. Gawatlah begini.

K bye. Esok nak jogging.

burn baby burn

Sekarang kamu tahu kan pentingnya jaga makan. Kalau tak, azablah kena buat 100 lompat bintang, 100 sit-ups, 100 squats. Haih!

Advertisements