“Design students have no life”.

Aaaa… Betullah tu. Jadual saya sentiasa penuh.

Isnin-Jumaat, saya akan bekerja di fakulti ikut waktu pejabat. Jumaat malam-Ahad saya ada kelas / kerja kursus. Malam-malam saya akan diisi dengan membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah. Itupun kalau mampu. Kalau tidak mampu, badan ini kalah juga pada mata. Ya, mata penting untuk buat kerja. Sesekali kalau mata sudah tertutup, badan pun shut down sekali tak ada hala tuju.

Program dakwah dan tarbiyyah hari Sabtu dan Ahad saya tak dapat nak pergi kerana kelas dibuat cuma pada hujung minggu. Yang dapat saya ikut serta cuma MABIT dan Qiyamullail. Tamat program, saya terpaksa bergegas balik ke rumah, mandi dan ke kelas pukul 9 pagi, sampailah kelas habis jam 6 atau 7 petang.

Allahurabbi.. Sesibuk saya ini saya sentiasa mengingatkan diri bahawa ada orang yang lagi sibuk daripada saya dan mereka kini sedang berusaha. Saya juga akan berusaha untuk menghabiskan pengajian, sambil mencari duit halal untuk menampung pembelajaran. Yuran RM2000-3000 satu semester. Ya Allah.. Mudahkanlah bagiku untuk menggapai rezeki dan mengurusnya.

Semester 1 tak lama lagi tamat. Cuma tinggal pembentangan projek. Malangnya tak ada cuti buat kami, kerana terus sambung semester pendek. Sabar. Hadapi dengan senyuman kambing.

Doakan saya. Terima kasih ^_^

Oh.. Dan saya perasan kebelakangan ni semua photo yang ada di internet ada button Pinterest. Suddenly I feel insecure.

Advertisements