Gomene.. Gomene.. Lama dah tak masuk WordPress. I promise I write in Malay. Ekk.. But now why I type in Manglish ley??

Susah sebenarnya nak komited dgn menulis blog ni. Sebab saya ni suka menulis guna pen. Tak pen pun, paling saya suka buat grafik. Cheh tak payah cerita lah.

Saya ada satu berita gembira (insyaAllah gembira) untuk dikongsikan. Minggu lepas, saya mendapat respons daripada sebuah universiti tempatan. Permohonan saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana diluluskan. Alhamdulillah.. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin..

Pada suatu ketika, saya pernah menyatakan hasrat untuk belajar di Jepun. Tapi takpa.. Saya rasa peluang yang datang ni patut saya ambil dulu. Kejap, saya tak buat istikharah lagi!! Rasulullah S.A.W. pun buat istikharah sebelum memuktamadkan keputusan.

Apa pentingnya istikharah ni? Peluang dah depan mata. Just grab it then!

Tidak begitu ya, adik-adik.. Setiap keputusan kita memberi impak kepada masa kini dan juga masa depan kita. Walaupun peluang dah depan mata, seeloknya, kita tanyakan kepada pemilik hati dan pemilik diri ini apa yang kita perlu putuskan.. Berkomunikasilah pada Allah subhanahu wataala. Tanyakan, sama ada yang ini yang atau tidak untuk masa depan kita dan masa depan ummah. It’s like asking for Allah’s blessings, just like we are supposed to asked our parents before we do things or going out somewhere. Jikalau ibubapa kita berkenan, doa mereka insyaAllah akan menyusuli.. Jikalau Allah berkenan, rahmat dan berkat-Nya insyaAllah akan kita nikmati. Apapun nanti halangan yang mendatang, kita akan yakin bahawa kita boleh overcome masalah yang kita alami itu. Sebab apa? Sebab Allah dah bagi petunjuk itulah destiny kita.

Yang penting.. Istikharah harus kita lakukan dengan hati yang ikhlas dan berlapang dada.

Sebenarnya bukan nak ambil pangkat sarjan. Ambik pangkat Master la ni. Saya pun tak tahu kenapalah dipanggil “sarjana”. Tapi baguslah ada perkataan melayu untuk bachelor. Hahaha! Kita kena bangga dengan bahasa ibunda!

Apapun nanti, siapa pun yang membaca entry ni, doakan saya ya! =]

Advertisements