Ahad lepas berkunjung ke MAHA 2014, Kuching, Sarawak. No wonder-lah tidak dibuat skala besar, ia cuma peringkat negeri. Nak yang skala besar, nantikan MAHA 2014 di Serdang, Selangor.

Saya bajet boleh tengok banyak tanaman sebab memang minat saya, dan kalau jumpa yang cantik molek, saya memang nak beli! Tapi tak ada pula tanaman yang dijual.. Buah-buahan pun tak ada sangat. Adapun dari Pasar Minggu Satok saja. Banyak booth agro dan MOA yang didirikan untuk pameran. Selain itu saya juga bajet nak cari kerja kosong dalam sektor pertanian. Turns out that I’d laughed myself out. Takkan berjaya punya sebab dah agak kena melalui SPA juga. Haha~

Sebelum balik terbang pulang, sempat tengok makcik- makcik ni tangkap ikan keli. 8 orang saja satu pusingan untuk Cabaran Menangkap Ikan Keli ni. Masa cuma 2 minit. Paling banyak ikan ditangkap ialah sebanyak 3 ekor, oleh makcik yang bersuamikan lelaki ala orang Arab-Paki. Sukati mesen saja ayatku ini padahal sebut Arab saja sudah cukup. Anak2 depa ni semua petah cakap local yaww..

OK.. Nak kongsilah gambar2 sekitar MAHA peringkat Sarawak.

IMGP0334

Candid orang

IMGP0296

Booth aquarium

IMGP0297

Display tanaman dalam botol plastik

Soil monolith as found in Sarawak

Soil monolith as found in Sarawak

Sarawak handicraft

Sarawak handicraft

Lepas tu, saya dan anak-anak buah berehat kat Benteng Satok untuk pekena ABC / Cendol, best dinikmati semasa panas terik. Sambil berehat, berhibur dengan nyanyian kugiran dari Sarawak, mungkin tidak dikenali tetapi bakatnya boleh tahan. 2 daripada ahlinya OKU, boleh main gitar! Dengarkan Salam Terakhir, lagu asal daripada seniman Allahyarham Sudirman. Eh, maaf. Video kita nak edit. WP ni pun video nak kena taruk kat YouTube juga baru boleh main. Chett..!

Tak sempat lagi saya bertanya nama mereka, teman saya sudah menarik saya pergi ke tebingan sungai Sarawak.

Tak sempat lagi saya bertanya nama mereka, teman saya sudah menarik saya pergi ke tebingan sungai Sarawak.

Front-line

Front-line

Amacam? Saya pun tak reti nak main gitar macam ittew~

Advertisements