Hari ini saya telah menghadiri Daurah yang membentangkan tajuk-tajuk mengenai Sejarah Islam di Alam Melayu, termasuklah Sabah dan Sarawak.
Sungguh mengejutkan fakta-fakta yang dibentangkan. Kajian yang dijalankan bukan sekadar copet dari mana-mana buku (seperti gubalan buku teks sekolah), bahkan pembentang mengambil sendiri hasil kajian pengkaji sejarah dan ada juga menerusi kajian DNA manusia.
Ibnu Batutta.. Penerokaanmu tidak akan dapat ditanding pengembara Marcopolo.. Nico Robin pula hanya setakat satu karakter ahli arkeologi dalam anime One Piece.
Sejarah yang saya belajar semasa di sekolah rendah sememangnya bosan. Entah part mana yang buat ia rasa bosan.. Tetapi setelah mendengar sendiri pembentangan sejarah hari ini, hati dan jiwa ini bersemangat hendak mencari dan belajar tentang asal-usul sendiri.

Arab.. Sejarahnya tercatat oleh orang terdahulu.. al-Qur’an dan sunnah sendiri mencatit amal dan gaya hidup Arab. Melayu.. Alangkah sedihnya sejarahnya ibarat terpadam, tinggal samar-samar di depan mata. Bangsa Melayu di depan mata, bahkan ada dalam darah daging diri.. Tetapi di mana catatan sejarahnya?! Asal tidak diketahui, tercabutnya dari Kepulauan Melayu juga tidak diketahui.
Bangunlah, Melayu. Kamu bukan bangsa yang hina. Kamu bukan golongan bawahan! Bahkan ini tanah yang Allah anugerahkan pada kamu dahulu, dilimpahkan dengan nikmat Islam dan kegemilangan Melayu itu sendiri. Wahai bangsaku, pelajarilah usulmu!

Advertisements