Assalamualaikum, pembaca sekalian. Hari ni dah masuk Ramadhan ke-5 tahun 1435H. Kita belum terlambat lagi nak periksa amal ibadat seharian kita di bulan penuh keberkatan ini. Untuk kita sentiasa monitor prestasi ibadat kita setiap hari, sebaiknya buatlah mutaba’ah atau check list amal kita. Sebelum masuk waktu maghrib, itulah penghujung harinya, kita periksa apa yang kita dah lakukan.

Dokumen yang saya sediakan di bawah merupakan mutaba’ah yang saya sediakan 2 tahun dahulu, yang saya pernah publish di blog jugak. Saya ubah sedikit memandangkan hari Jumaat jatuh pada hari berlainan. Column yang saya warnakan ungu biru pucat itu menandakan hari Jumaat setiap minggu.

Previu mutaba'ah amal

Previu mutaba’ah amal 1435H

Pembaca yang dirahmati Allah, puasa kita ni sekejap sahaja. Tak lama. Cuba kira berapa minggu. 4 minggu sahaja kan? 4 kali Jumaat. Oleh itu, tingkatkan speed Ramadhan marathon kita setiap hari, setiap minggu.

Sila muat turun mutaba’ah dengan klik link di bawah:
Mutaba’ah Amal Bulan Ramadhan

Pesanan terakhir. Ikhlaskan hati untuk beribadah kerana-Nya. Walaupun keikhlasan seseorang itu sukar diukur kerana akan ada nafsu yang cuba mengapi-apikan rasa riak dan ujub.. Tetaplah pada niat, bukan beribadat kerana nak impress other people dan bukan jadi bahan status di Facebook, Instagram & Twitter.

Ni, kalau nak share mutaba’ah ni tak payah minta izin tau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sama-sama kita perbaiki diri dan kualiti ibadat kita. Wassalam..

Advertisements