Untungnya kita mengenal erti REDHA.

Terkadang rasanya susah bagi pihak kita untuk menjelaskan, apatah lagi menenangkan ahli keluarga yang telah kehilangan orang tersayang dalam penerbangan MAS 8 Mac lalu. Deen kita berbeza.

Sedari kita mengenal iman dan Islam serta tawakkal dan redha, kita sedia percaya bahawa setiap perkara itu berlaku atas qada’ dan qadar. Kita kenal erti takdir, manakala mereka tidak.

Saya terkesan dengan redhanya ahli keluarga penumpang dari Malaysia, yang Muslim terutamanya. Berlapang dada. Begitulah nikmatnya hidup berTUHAN. Mungkin itulah hikmahnya yang dahulu tidak seramai ini yang merasa. Alhamdulillah, syukur atas nikmat Islam dan iman.

Tenangnya kita kerana redha, mudah-mudahan menjadi seruan kepada mereka untuk mengenal ALLAH Yang Esa. Hidup perlu diteruskan, dan bagaimana kita meneruskan hidup itu bergantung kepada pilihan kita sendiri. Salam takziah. Hadapi dengan senyuman.

Advertisements