Ada yang kurelakan pergi kerana kufikir diri ini cukup menyusahkan buat dirinya. Maka, aku berundur. Selama aku tiada, dia berdiam. Tiada berkhabar. Aku fikir dia sudah selesa tanpa aku. Selesa dengan ruang yang mungkin dulu aku yang menyesakkan.

Kemudian dia kembali memberi khabar. Hai, jangan dimain hati ini kerana masih berharap. Kalau sudah, tinggalkanlah. Ada peneman buat dirimu yang sesuai, lagi kau suka. Aku beri ruang untuk bernafas. Sudah puaskah kau bernafas?

Aku relakan kau pergi.. Kenapa perlu kembali?

Screen Shot 2014-03-21 at 12.24.59 AM

Duhai hati, bersabarlah..

 

Advertisements