Ni kisah malam lepas. Ibu pesan awal-awal ada orang datang akan rumah, nak cakap pasal tanah. Jadi, lepas Maghrib sampai Isyak tu duduk dalam bilik je la. Sampailah orang datang rumah.. Dari dalam bilik dengarlah perbualan dorang pasal dokumen dan surat tanah. Nak keluar, tapi macam malas pulak nak dengar dorang bercakap. Eksyen betul slanga nya. Haha~ Tetiba, hidu pulak bau asap rokok. Sensitif betul hidung ni. Punyalah dari asap rokok terus mood swing. “I want to die.. I want to die..” Macam ikan lemas dalam saya dalam bilik. Kemas katil, tak berus gigi, cuci muka, terus baring. “I want to die.. I want to die..” Macam tu lah gayanya.. Sampailah saya tidur. Ingatkan kejap je. Sekali.. Sampai subuh. Baik aku berzikir. Hii =p Teruk benarlah kan? Sebab asap rokok je terus mood swing. Don’t be quick to judge. I am like that. Agaknya kalau orang satu sampan dengan saya merokok dengan asap kepul-kepul, mesti rasa nak terjun sungai dah, merelakan diri kepada Bujang Senang. Tapi takkan buat punyalah. Hidup ada matlamat!

Advertisements