Saya ni dah dua bulan tak period. Semasa saya di sekolah berasrama penuh dulu, seorang rakan sebilik pernah mengadu dia selalu kentut. Katanya, makcik dia pernah cakap kalau selalu kentut tu menandakan nak datang bulan. Rasa ingin tahu datang balik selepas beberapa tahun meninggalkan asrama dan berkenalan dengan internet.

Jadi.. Kenapa selalu kentut?

  1. Merokok, dengan menyedut lebih banyak angin,
  2. Ketidakhadaman terhadap laktosa (lactose) yang biasanya berasal daripada susu atau produk tenusu,
  3. Memakan makanan atau minuman yang banyak menyumbang gas dalam badan, makanan sejuk dan banyak serat juga,
  4. Memakan makanan yang susah dicerna terutamanya makanan berlemak. Ia mengambil masa untuk dicerna dan memberi peluang untuk gas berkumpul,
  5. Banyak menyedut udara – Kalau minum guna straw, kita sedut udara dulu kan sebab nak airnya naik. Hehe..,
  6. Makan dengan cepat tanpa mengunyah dengan lumat juga menambahkan udara dalam badan,
  7. Pembentukan bakteria dalam usus.

(Simple Remedies)

 

Antara yang menarik tentang kentut:

  • Angin kentut boleh menyalakan api. Eh, camna saya nak cakap eh..? Ni lah sebabnya masa sekolah dok belajar dalam bahasa omputeh, bila dah besar nak translate balik dalam bahasa ibunda pun jadi kekok maknanya.. Maksud saya tadi kalau anda ada memegang sebatang glowing splinter dekat dubur yang hendak melepaskan angin, splinter itu akan menyala sebaik sahaja angin dilepaskan. Apa-apa sahaja yang berbara ataupun sekadar menyalakan pemetik api atau mancis berdekatan dubur yang hendak melepaskan angin. Kenapa? Ini kerana kentut mengandungi gas metana (methane) dan hidrogen, kedua-duanya adalah gas yang mudah terbakar (flammable). Tapi jangan dok gatal-gatal pulak nak nyalakan punggung orang. Ini berbahaya kerana api yang dinyalakan itu boleh tersedut balik memasuki lubang dubur dan mengakibatkan pakaian terbakar. Ai.. Tak sabar nak merasa api kah? (Brenna Lorenz, 1998)
  • Ke mana pula perginya angin semasa kita menahannya daripada keluar? Adakah ia perlahan-lahan “bocor” atau adakah ia meresap ke dalam saluran darah? Doktor kata tak bocor, masuk dalam pembuluh darah pun tak. Katanya angin akan kembali ke usus dan akan keluar balik nanti. (Brenna Lorenz, 1998)

Tamat.

Err.. Takda cerita pun pasal period akan banyak kentut.

Advertisements