Saya bukanlah peminat MLM apatah lagi Nabil.

Semenjak saya balik kampung untuk cuti semester, saya luangkan masa untuk menonton TV. Mulanya tengok iklan.. Vaseline for Men. Hairan jugak, terampun jugak mamat Peterporn tu daripada pendedahan vid-luch dia yang lalu.. Part meter kacak/ganteng meter tu memang tak boleh blah lah. Haha~! Err.. Iye kot orangnya ganteng di Idsia, tapi bukan di Msia. Takda apa-apa pun nak cakap pasal mamat ni. Cuma baru tahu dia dah boleh muncul semula di kaca TV. Itu saja.

oops.. splashing!

oops.. splashing!

Yang nak betul cakapnya tentang MLM. Ingatkan siapalah juri tu macam saya pernah lihat. Oh.. Looney M. Teringatlah pulak kes dia dengan frontman Peterporn tu. Sebentar tadi atau tarikh semalam merupakan malam MLM Final. Ada tengok dia berpakaian macam mana? Saya tak perasanlah dia sebelum ni berpakaian macam mana di TV sebab tak tengok TV. Kampus mana ada TV. Uina datuk.. Dodah tak dodah dadonya.. Naik syeh ke tak Sheikhul sebelahnya itu hanya Allah yang tahu.

Mungkin orang kata.. Ah, biasalah tu.. Tempoh tahan daripada siarannya dah tamat boleh aja muncul di TV. Tapi bagi saya, mereka itu memberi impak kepada penonton. Kalau taknak orang cakap buruk, jadilah public figure yang memberi contoh baik. Mungkin ada orang kata, biarlah dia pakai macam tu dia dah biasa pakai apa yang dia pakai. Mari saya ingatkan balik, ini stesen TV Msia kan? Maka, haruslah sesuai pada mata penonton Msia. Mungkin anda fikir anak-anak sudah tidur pada pukul 10 malam, tetapi lain kali pasti ada siaran ulangannya di siang hari.

Mungkin yang di belakang tabirnya akan kata, ini siaran langsung tak sempat nak censor/pixelize video mahupun tukar busana. Saya rasalah kan.. Juri jemputan ni datang lebih awal bila mana krew-krew produksi pasti akan usher mereka ke tempat duduk. Masa tu iringlah minah tu pegi backstage yang banyak props tu. Bagi pashmina boleh, blazer boleh, langsir yang dijadikan prop Shiro tu pun boleh. Tapi kalau korang bagi dia knitted-wear yang menutupi keanggunan busananya, korang gelak je lah dalam hati. Memang tak ngam tapi yelah siapa suruh pakai dodah-dodah dado.

Saya tidak sempat menonton persembahan Nabil yang menyindir Looney M. Tapi agaknya kenapalah dia berbuat begitu? Dalam jenaka  semestinya ada sindiran sama ada yang baik ataupun yang tidak sedap didengar. Kita tengok balik kepada siapa yang memilih juri MLM. Why on earth did Astro came up with Looney M. to be one of the judges?! Sah-sah akan ada yang buat lawak pasal benda yang dah lepas walaupun namanya “benda dah lepas”, tambahan lagi orang senang benar nak buat lawak lucah. Eww.. Pemilihan tersebut pasti akan mendatangkan provokasi negatif dan of course-lah orang akan salahkan Nabil sebab lawak tu dia yang cakap.

Kalau sayalah punya stesen TV, saya buat garis panduan untuk apa yang dilarang untuk disiarkan. MTV pun video seksi/spender/coli/pesta bergelimpangan. Cerita Melayu pun artis Muslim yang bukan mahramnya dok peluk cium. Ya saya faham kalau dalam cerita mereka dah kahwin but not in reality. Serius, dapat anugerah untuk lakonan sebegitu pun tak guna sebab tak ada redha-Nya. Wallahua’lam. Besides, no Oscar or Grammy for them so it’s not worth it.

Dipendekkan press pada malam ini, itu sahajalah. Jangan sebab saya publish ni orang benci. Kita sama-sama ambil iktibar daripada apa yang telah terjadi. Don’t tell me to write my personal opinion in my close personal diary because that is not my reason. The reason I write this is because I want to be heard. Really, I’m a small small person, with a small voice that maybe not everyone can hear. Maybe in years to come, people will find this post and make our TV a better tube. More knowledgeable and informative than before. Even an 11 year old boy wrote on political matters and I respected him for his opinion. Wallahua’lam.

Advertisements