Pada 6 Jun 2013, akan genaplah usiaku menjadi 23.

Biasanya, bagaimana orang celebrate ulangtahun kelahiran pada umur awal kedewasaaannya?
Orang kaya dengan hidup bersosialnya pasti akan, “We’ll throw up a birthday PAR-TAYYY!!
Orang yang layakku mungkin sekadar makan-makan bersama ahli keluarga. Kek tu harus. Sebab itu diajar oleh Barat ‘kan? Heh..

Pada tahun ini aku target lebih baik daripada yang sebelumnya. Tahun lepas aku deactivate Facebook-ku seawal 5 Jun. Benci pada mereka yang mengucapkan selamat hanya kerana ada notification untuk hari ulangtahun kelahiran. Di mana nikmat bersahabat pada zaman sekarang? Tidak seperti dulu, bertukar-tukar biodata untuk disimpan rekod kelahiran sahabat. Sekarang, tunggu Facebook birthday notification sahaja. Itupun kalau ada orang kisah. Sebab orang macam aku memang tak ambil kisah sangat bila ada birthday ni. Sehabuk damn pun aku tak bagi.

Yang paling aku ingin terapkan pada setiap orang sahabatku ialah untuk mereka ingat dan kira hari kelahiran mereka mengikut kalendar Islam. Dari duuuulu saja celebrate mengikut kalendar Masihi. Aku masih ingat sewaktu aku masih kecil, tadika dan sekolah rendah, setiap kali ulangtahun pasti parents-ku buat “par-tayy!”, jemput kaum kerabat dan jiran-jiran. Aku pula dipaksa pakai dress. AKU pakai dress?! Untuk makluman, I was tomboyish and I never had an eye on dresses and fancy things. Berbalik kepada kalendar.. At least give the Islamic calendar a chance to mark your birthday. I did that to Hairatun and Salbiah. They never expected. Itu yang aku nak.. They never EXPECTED. See.. Baru surprise, and of course, lebih bernilai. Siapalah yang kisah tentang kalendar Islam kalau tidak umat Islam itu sendiri..?

Tahun ini aku deactivate Facebook account-ku lebih awal. Hari ini. Baru tadi. Teringin pula berkongsi di blog berhabuk ini. Aku berpendapat bahawa adalah lebih baik ulangtahun kelahiran itu kita sambut dengan perkara berfaedah, bukan perkara sia-sia semata-mata. Bukan nak kata kita tak boleh berhibur. Berhibur itu ‘kan hukumnya harus, selagi tidak melanggar batas syariat. Tapi untuk tahun ini aku merasakan adalah lebih bermakna kalau aku isi hari tersebut dengan pengabdian kepada-Nya. Tanpa-Nya tiadalah aku di dunia ini, bahkan tidak terpilihlah aku menjadi khalifah di bumi ini. Kesyukuran ini aku rasa patut aku kongsikan bersama isi alam.. Tak mampu pun untuk semua, biar sampai hatiku puas mengagihkannya. Mudah-mudahan Allah panjangkan umurku dalam mentaati-Nya dan rasul-Nya. Biarlah hadiah itu aku kutip sendiri, by means of obtaining pahala.

23 tahun hidup di bumi Allah. Apa sumbanganku? Aku tak dapat berkata apa-apa untuk itu. Bukan kerana terlalu banyak sumbangan, tetapi kerana aku takut semua yang pernah aku lakukan menjadi sia-sia kerana kemungkaran yang pernah aku lakukan – Setiap hari pula takkan terlepas darinya. T.T

 

Advertisements