Couple at Pustaka

PUSTAKA NEGERI SARAWAK:
Adegan yang tidak sedap mata memandang apabila fenomena berpacaran dalam kalangan pelajar sekolah ini dilihat berterusan sehingga ke perpustakaan, Pustaka Negeri Sarawak yang besar itupun tidak terkecuali.
Perpustakaan, kita kenal sebagai pusat ilmu, sebagai maktabah, di situlah tempat kita mendapat bahan rujukan bercetak. Kini, perpustakaan dijadikan pula tempat pasangan berasmara.

Apabila saya utarakan hal ini kepada security guard yang bertugas di aras berkenaan, saya kecewa betapa hal ini diperkecilkan olehnya. Seolah-olah ini perkara yang sudah biasa berlaku dan tak perlu nak “sibuk-sibuk arah orang nak buat apa”. Saya tak ingat pulak kesakitan barah yang menular dalam diri seseorang pesakit itu patut dibiarkan? Semestinya harus diberikan perawatan.

IBU BAPA, tolonglah awasi anak anda, ke mana dia pergi dan dengan siapa di berteman. Masalah sosial di negara ini bukan sedikit apalagi nak cakap boleh dibendung. Kalau dah adegan sebegini kita lihat di perpustakaan, esok lusa surau & masjid sekolah (terutamanya di asrama & kolej) pun kita boleh lihat fenomena ini.

SECURITY GUARD, kalau dah kerja kau tu jaga tempat tu, tolonglah laksanakan sebab kau dah diberikan hak untuk menegah perbuatan sebegini. Kau nak duduk kat meja tu sehari-hari, mengantuk, apa faedah? Gaji kau dapat sebab kau sekadar duduk di meja sekuriti sahajakah??

Nak berlapang dada tak dapat, apatah lagi nak berbaik sangka. Memang di kubur kita duduk seorang diri. Tapi ingat, kita ada pengadilan di padang Mahsyar nanti. Saya boleh tuntut daripada anda, dan anda pun boleh tuntut daripada saya. Saya sedar dengan post ini, ramai yang akan stumble upon blog saya yang tidak seberapa ini, akan banyak juga komen-komen dan pandangan daripada pembaca. Staff Pustaka Negeri Sarawak pun mungkin akan mencari nama saya di database mereka. Tapi saya tak kisah asalkan saya dapat sampaikan apa yang patut saya sampaikan.

*The photo does not need to be clear. Anak siapalah 2 orang tu? Akak tangkap gambar adik berdua ni curi-curi. Tapi akak rasa akak tak perlu minta maaf. Sekian.

Syaza Syazwan
9 Febuari 2013

Advertisements