Balik-balik perempuan je yang jadi mangsa. Jadi bahan fitnah dunia.. Atau mereka sendiri yang meletakkan diri ke rahang buaya?

Macam-macam “Miss” ada kat dunia ni sekarang..
Miss World
Miss Universe
Miss Malaysia
Miss Sabah
Miss Whatever
Mississippi
Tira-Miss-You
Missing child
“Oops! I Missed.”
and the list goes on...

Dan siang tadi baru je tengok satu banner besar-besar kat bandar Sandakan: Miss Scuba (Sabah), diserikan dengan gambar beberapa saff wanita berbikini biru. Hah?! And I was like “Ookayy~” (bulu kening naik sebelah).

image
Err.. Tak. Bukan nak ngutuk scuba. Dan gambar di atas bukanlah banner yg aku tengok tadi. Ini promotion kat Facebook page dorang je.

Asal “Miss” je berbikini. Ape daa.. Pemilihan wanita untuk dijadikan duta atau“Miss” ni perlu disaring melalui beberapa pusingan dan diadili oleh judges. Dan pusingan yang paling famous adalah pusingan berbikini beramai-ramai di atas pentas. Bikini bodies pun nak kena judge. Adoi~

*Ehem* Tapi itu bukan pusingan yang aku nanti-nantikan. Eh, bukan nak cakap aku minat tengok show untuk “Miss miss” ni. Alaa.. Takda alasan la pulak nak cakap kenapa tengok.. Huhu..
Pusingan yang paling ditunggu-tunggu adalah yang last sekali tu. Tak tau pusingan apa nama dia. Tapi yang penting dorang kena jawab soalan secara spontan. Macam-macam soalan yang menggugat imanlah yang penting (kononnya..). Berserta dengan itu, bermacam-macam jawapan hipokrit yang akan kita dengar. Ada yang jawab dengan konfiden. Ada jugak yang jawab dengan kondifen.

What is beauty to you.”
“Beauty is actually quite subjective. Beauty to me, shouldn’t be judged by the physical appearance, but by one’s heart’s content.”
Amboi ayat.. Jap lagi tumbuh jerawat ke, calar muka ke, rambut gugur ke, histeria satu hotel dengar.. Pastu suara masa menjawab pulak, controlll je. Aku gelak-gelak laa depan TV. Ibu tak paham sangat bahasa omputeh. Gelak sorang je la~

“If it happens to you that you became Miss *apa-apalah*, what will you do with the money you’re given?”
“Oh, I would channel half of my money to support a cause especially those that put efforts in making the world a greener place. And then I will also visit places undertaken by poverty. I would help the poor and lift up some of their burdens.”
Heh.. Benarlah sangat kata tuan puteri. Belanja tambang boleh excused lagi. Penginapan mestilah nak yang 10-stars cabin mahalMiss..? Berjiwa rakyat? Naww~

Adoi.. Bising je aku ni, kan? Korang pun mula buat reaksi begini @.@“What’s the fuss?” Maaflaa.. Takda tempat nak mencoret. Facebook dan Tumblr tak sesuai. Jadi coret je la di WP yg cute ini (lepas update header).

Cuba kalau tanya Mother Teresa, “apa maksud kecantikan”, mesti dia jawab, ”Beauty is indeed a good gift of God; but that the good may not think it a great good, God dispenses it even to the wicked.” Cheyh.. Aku amik ayat bible, said by Augustine in the book of Matthew. Huhu~

Kalau duta yang betul-betul nak fight, cuba ambik contoh Nusaibah r.ha. (also known as Ummu Imarah). Beliau turun betul-betul di medan perang (Uhud) untuk merawat dan memberi minum kepada para mujahidin. Atas medan perang dah takde maknenye jenama pakaian dan mekap korang. Antara banyak-banyak pejuang masa perang Uhud tu (kan ada yang kecut perut terus lari), beliaulah yang setia bersama Rasulullah. Dipersiapkan dirinya dengan armour & sword untuk melindungi Rasulullah. Kesungguhan beliau di medan perang sungguh hebat sehinggakan Rasulullah sendiri pun terkesima. Khemah semestinya tak sampai 1-star taww!

Hah.. Kalau tanya Yuna pulak, jawapan dia standard arr.. “Dalam setiap gambar ada lagu.”

Sekian.
Btw, iklan japWanita contoh (klik link).

*Tak semua ayat dia atas tu jawapan Miss tau. I tambah skit2 & exaggerated a bit.*

Advertisements