Law Kana Bainana (English translation)

If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to him
In his company the soul feels great
At that moment if he prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him.

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved Muhammad (s.a.w.) honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds.

I just love this song. I first heard it on TV AlHijrah.

Jap.. Aku nak berbising lagi malam ni.. Haha! Macam takde exam je. Padahal esok la tu.
Ini la satu benda aku nak bising hari ni.

Antara banyak-banyak benda yang aku tak paham, satu ni lah yang selalu buat aku terpikir.
Kebanyakan orang Melayu (tak kira dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak, asalkan rumpun Melayu) lebih ikut pantang Melayu daripada ikut Sunnah Nabi sallahu alaihi wasallam. Jaminan di dunia rupanya lebih penting daripada akhirat. Astaghfirullah..

Aku pernah ada seorang roommate masa di kampus induk dulu. Dia ngan kawan dia tau benor adat & pantang orang Melayu. Bagi orang yang tak ngaku Melayu cam aku ni (tapi cakap Melayu. Wakakaka!), memang jenuh aa mendengar penjelasan pantang-larang keturunan diorang. Aku diam je la.. Junior la katakan.. Ikutkan hati nak je aku jawab diorang.

“Orang pakai baju terbalik ni biasanya dia nak terbalikkan sihir yang orang baca pada dia.”
Aku rasa nak jawab, “Ko keluar rumah ade tak minta perlindungan Allah? Keluar rumah ngan tawakkal? Ko pakai je la baju tu elok-elok. Kalau dah design takpe jugak. Pakaian tu mencerminkan personaliti tau. Waras ke, sinting ke.. Adui~”. Tapi aku tak cakap la. Haha..
Note: Keluar rumah dengan doa “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah. Walaa haulawala quwwata illabillah”, yang bermaksud “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiadalah daya upaya dan tiadalah sebarang kekuatan, melainkan dengan Allah jua.”

“Oh.. Limau ubat. Limau ni biasanya nenek aku pakai buat ubat orang sakit. Memang ramuan yang perlu adalah. Kalau kau bawa limau ni mana-mana kan, takda pun makhluk jahat di malam hari yang berani dekat kau.”
Aku rasa macam nak jawab, “Hek eleh.. Tak payah tunggu nenek propose‘kan ramuan laa.. Rasulullah dah lama mandi dengan limau. Wangi, free from alcohol and of course 0% SLS (Sodium Lauryl Sulfate). Ade ko amik tau?”

“Mak cik aku pesan, kalau kita singgah kat satu tempat yang kita tak pernah jejak atau orang jarang pergi, kita kena conteng muka kita dengan tanah. Lepas tu ucap “Assalamualaikum Bani Sulaiman”.
Keliru, bukan? Maka, mengikut hadith adalah lebih tinggi priority daripada mengikut “mak cik aku pesan”.
Rasulullah pesan, sesiapa yang turun di tempat persinggahan, bacalah “A’uzubikalimatillahit tammati min sharrima khalaq”, maksudnya “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan yang dicipta.” InsyaAllah, tiada bahaya sehingga kita beredar dari situ.

Hurmm.. Cukuplah aku bising sampai di sini. Aku tak ngutuk roommateLalala~ Ye laa.. Pantang Melayu dia nak ikut, solat yang tiang agama tu tak buat maintenance pulak.
Boleh tak aku cakap aku dah penat ajak dia solat? Hehehe.. Mesti korang kutuk aku pulak kan? “Ape laa.. Nak ajak orang buat baik, mana boleh give up camtu je!” Aku harap dia berubahlah sekarang. Aku mungkin failed nak ajak dia buat benda baik. Mungkin Allah ada story yang lebih baik untuk dia.

Advertisements