Time-time raya macam ni memang banyak mesej keluar masuk henfon. Ayat.. Wow.. Sampai aku pun tak tau nak balas apa.

Tapi aku dah jumpa satu ayat.. Alaa.. Pinjam je. Hehe.. Seperti di bawah:
“Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
“Surely, Allah is with those who fear Him and those who are good in their deeds.”
dari surah an-Nahl, ayat 128.

Aku pinjam ayat firman Allah, sempena Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita, tak tahu apa kita akan bertemu lagi dengannya. Mudah-mudahan, kampus Ramadhan berhasil menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa. Ya, itu harus disertai dengan usaha kita sendiri.

Walaupun dengan pemergian bulan Ramadhan, saya seru pembaca dan diri saya sendiri untuk terus berusaha memperbaiki amalan. Ganjaran mungkin tidak selumayan bulan puasa, tapi, insya-Allah, Allah berjanji untuk bersama hamba-Nya yang berusaha. Bukan begitu?

Advertisements