Assalamualaikum.. Bagi anda yang tercari-cari mutaba’ah untuk bulan Ramadhan ini, anda mungkin drop by di page yang betul. I mean, di sini saya ada sediakan mutaba’ah untuk kita semua.

Mutaba’ah ni macam checklist untuk ibadah kita sehari-hari. Tak semestinya yang tidak disenaraikan dalam mutaba’ah ni bukan ibadah. Yang disenaraikan dalam mutaba’ah ni adalah ibadah yang mungkin kita jarang-jarang buat. So, di bulan yang penuh dengan rewards ini, apa salahnya kita push sikit diri kita untuk melakukan ibadah, not only because the reward multiplies by 70 (70 kali ganda), but because of Allah subhanahu wataala. Besides, ia boleh membantu kita dalam beramal, check diri kita sama ada ibadah harian kita bertambah atau berkurang. Kalau bertambah, thumbs up. Kalau berkurang, kita berusaha tingkatkan.

Mutaba’ah ni bukan kita buat untuk menunjuk-nunjuk atau untuk kita kira pahala. Tetapi sebagai inspection ke atas diri kita. Inspection dalam bahasa Mesia apa? Pemeriksaan? Pemantauan? Haa.. Begitulah.. Preview & borang mutaba’ah disediakan di bawah. Boleh save dan print. Items dalam mutaba’ah tidak fix untuk ini sahaja. Kita boleh tambah atau ubah.

Mutaba’ah Amal Bulan Ramadhan.pdf

Preview: Mutaba’ah amal Ramadhan 1433H

Segala silap dan salah, saya mohon ampun. Diri ini juga kekurangan. Semoga Ramadhan kali ini mengizinkan kita untuk lebih dekat kepada Cinta kita yang satu, Allah subhanahu wataala. Mudah-mudahan ibadah kita diterima dan diberkati oleh-Nya.

Advertisements